Cara Kenalpasti Perbezaan 10 Bendera Negara Yang Lebih Kurang Sama


by Izuan
Cara Kenalpasti Perbezaan 10 Bendera Negara Yang Lebih Kurang Sama
Bendera merupakan simbolik bagi sesebuah negara, bila kita melihat sesuatu perlawanan besar-besaran, kita akan lihat bendera mereka akan dikibarkan sebagai tanda kebanggaan dan cinta pada negara. Tapi pernah tak terjadi apabila korang rasa keliru dengan bendera di negara tersebut?
Ada juga yang susah untuk dikenali apabila terpandang sekali imbas, team Maukerja yakin pasti ramai yang keliru dengan bendera di negara-negara ini. Jadi, disini kami akan ajarkan bagaimana untuk membezakannya agar tidak berlaku kekeliruan. Sekadar untuk berkongsi.
Terdiri daripada tiga jalur menegak, bendera negara Republik Chad telah digunakan sejak tahun 1959. Skema warna biru, kuning dan merah yang sederhana semuanya bersaiz yang sama.

Hampir sama dengan bendera Republik Chad, Romania juga mempunyai tiga jalur menegak hampir warna yang sama. Satu-satunya perbezaan adalah bahawa biru lebih cair pada bendera Romania atau lebih khusus, Romania menggunakan warna 'kobalt' mnakala Chad menggunakan 'indigo'.
Perbezaan ini sangat sukar untuk dikenalpasti, perlu diperhatikan dengan teliti terhadap palet warna.
Bendera Andorra kebanyakannya dikenali kerana mantelnya. Dicoretkan lukisan motif Virtus Unita Fortior, yang bermaksud "Strength United is Stronger".. kalau anda perhatikan betul betul, jalur tengah lebih tebal berbanding yang lain.

Bendera Moldova menggunakan tiga warna yang sama untuk jalurnya tetapi berbeza pada emblem pusatnya. Digunakan sejak tahun 1990, simbol bendera Moldova adalah seekor burung helang yang berwarna keemasan gelap, yang memiliki salib agama di paruhnya. Daun zaitun di kaki helang adalah simbolik keamanan
Mempunyai dua garis tebal berwarna merah dan putih. Bagaimanapun, bendera Poland mempunyai dua reka bentuk rasmi. Apabila digunakan di luar negara, mereka akan gunakan bendera alternatif yang mempunyai lambang.

Corak dan paten yang lebih kurang sama, bezanya warna merah diatas, warna putih dibawah. Warna putih dan merah di dalam bendera Indonesia bermaksud sifat keduniaan.

Bendera New Zealand mengandungi Union Jack pada latar belakang biru dengan empat bintang merah, yang digariskan berwarna putih. Jika diperhalus dengan lebih dekat, Keempat-empat bintang mempunyai saiz yang berbeza.
Bendera Australia mempunyai reka bentuk asas yang sama seperti bendera New Zealand tetapi mempunyai enam bintang berbanding New Zealand. Bintang di bawah Union Jack adalah Commonwealth Star dan simbol Australia, Banyak perubahan pada bendera ini tetapi pada tahun 1954 ia akhirnya diberi reka bentuk yang kita kenal dengan hari ini.
Satu lagi susun atur ringkas yang terdiri daripada tiga warna blok, bendera Ivory Coast dikatakan dipengaruhi oleh bendera Perancis. Warna oren bermaksud tanah, putih mewakili kedamaian, dan hijau bermaksud harapan. Reka bentuk ini diterima pakai sebelum kemerdekaan negara pada tahun 1959.

Persamaan bagi bendera Ireland dengan Ivoru Coast adalah kedua-dua bendera negara tersebut mempunyai susunan jalur berwarna. Tetapi, bendera Ireland bermula padahijau, putih, oren dan Ivory Coast adalah sebaliknya. Bendera Ireland ini kekal sejak tahun 1919.