Ramai Tak Tahu 10 Fungsi 'Pintas' Yang Ada Pada Facebook Ni
# Trending Semasa

Ramai Tak Tahu 10 Fungsi 'Pintas' Yang Ada Pada Facebook Ni

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Aug 22, 2017
pada 3:16 AM

Zaman sekarang ni, majoriti memiliki akaun Facebook sendiri. Bukan saja orang muda, golongan tua seperti mak ayah kita pun ada akaun Facebook sendiri tau. 

Kalau dulu mungkin penggunaan Facebook ni agak terhad. Tapi sekarang dah tak macam dulu dah. Macam-macam benda yang kita boleh buat dengan hanya menggunakan Facebook.

Mesti ramai yang tak tahu guna atau tak pernah guna 10 fungsi yang terdapat pada Facebook ni. Jom kami bongkarkan satu persatu.

1. Baca Mesej 'Tersembunyi'

Sekarang ni facebook dah ada dua kotak mesej tau. Kalau korang tak kawan dengan orang yang korang nak hantar mesej tu, mesej korang akan masuk ke dalam 'Message Requests'. Kalau taknak terlepas apa-apa acara, baik korang semak mesej di bahagian ni selalu. 

2. Semak Di Mana Korang 'Logged In'

Kalau korang terlupa kat mana korang 'logged in', korang boleh semak di bahagian ni. Nanti korang akan nampak 'Where You're Logged In' dan semak di situ. 

3. Ketatkan Keselamatan

Kalau korang rasa keselamatan akaun facebook korang tak berapa meyakinkan, klik bahagian 'Login approvals' pada bahagian 'Security'. Facebook akan mintak sesiapa yang cuba untuk masuk ke akaun korang melalui device lain untuk kemukakan password. Jadi, akaun facebook korang selamat!

4. Pilih Rakan Yang Anda Percayai Untuk Kawal Facebook Korang

5. Menggamit Memori

Tak payah nak scroll timeline yang lepas-lepas dah. Korang cuma perlu klik di butang bahagian kanan dan facebook ada koleksi gambar korang yang lama-lama dulu. Klik bahagian 'See Friendship.'

6. Lihat Kembali Post Terdahulu

Korang cuma perlu klik bahagian 'View Activity Log' kalau korang nak tengok berapa banyak status, like dan komen pada status-status korang yang dulu.

7. Bayangkan Macamana Orang Lain Tengok Facebook Korang

Kalau korang nak tengok macamana orang lain tengok profile korang tu, klik je 'View As' di bahagian kanan atas tu. Nanti korang boleh tengok apa yang orang lain nampak di facebook korang tu.

8. Komunikasi Melalui Video Chat

Facebook pun dah ada video chat tau! Tak payah susah-susah install aplikasi lain dah. Guna facebook je senang.

9. Pilih Post Yang Korang Nak Tengok

'See First' dan 'Close Friends' ni berfungsi untuk memastikan korang tak terlepas melihat update daripada orang yang korang sayang atau rapat. 

10. Boleh 'Save' Berita Atau Cerita. Kemudian Baru Baca.

Disebabkan macam-macam maklumat yang korang boleh dapat dalam facebook ni, jadi pihak facebook buatkan satu butang 'saved'. Jadi bila ada masa terluang, boleh baca apa yang korang dah simpankan tu.

Sumber: Brightside