Lepas Intern Boleh Terus Dapat 'Permanent Job' Kalau Ikut 6 Tips 'Simple' Ni!
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Lepas Intern Boleh Terus Dapat 'Permanent Job' Kalau Ikut 6 Tips 'Simple' Ni!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Aug 24, 2017
pada 4:08 AM

Sekarang ni memang sangat susah nak dapat kerja. Kadang-kadang tu kena hadiri berpuluh-puluh interview barulah dapat kerja yang korang nak tu. Nak kata korang tak bagus, results korang pun power macam orang lain jugak. 

Kami nak bagi tips untuk adik-adik yang bakal menamatkan pengajian masing-masing tak lama lagi. Seeloknya, kalau korang dah diterima untuk menjalani latihan praktikal di mana-mana tempat yang korang rasa sesuai sangat dengan kelayakan diri, korang cubalah tunjukkan sikap yang baik sehinggakan majikan korang nak ambil korang bekerja bila dah tamat praktikal nanti. 

Berikut ada 6 tips yang korang boleh 'ceduk' kalau korang nak tukarkan latihan praktikal kepada kerjaya korang:

1. Tunjukkan contoh yang baik

Walaupun korang hanyalah intern di syarikat tersebut, tak bermakna korang tak boleh tonjolkan kelayakan dan kebolehan korang di situ. Lagi banyak kebolehan yang korang tunjukkan, lagi 'terbukak' mata majikan dan supervisor tentang diri korang. Paling penting, tunjukkan yang korang ni adalah seorang yang boleh diharap.

2. Kenal pasti professional goals diri sendiri

Kenal pasti apakah kebolehan dan kelayakan korang yang ada kaitan dengan kerja yang korang lakukan sewaktu praktikal. Lagipun, masa praktikal ni lah kita nak belajar dan mempersiapkan diri kita sebelum betul-betul memasuki alam pekerjaan. 

3. Bina hubungan dengan supervisor

Bila korang dah tahu tentang tanggungjawab kerja yang perlu dibuat, usaha lebih sikit supaya supervisor nampak yang korang sebenarnya boleh pikul tanggungjawab yang diberikan. Bila supervisor nampak yang korang ni boleh diharapkan, ta mustahil diorang akan recommend korang dekat majikan nanti.

4. Wujudkan etika kerja yang bagus

Korbankan masa dan tenaga dan cubalah siapkan segala kerja dan tugasan yang diberikan berdasarkan deadline yang ditetapkan. Bila supervisor dan syarikat nampak usaha korang macam ni, dah tentu diorang nak jadikan korang salah pekerja di syarikat mereka.

5. Selesaikan tugas yang diberikan 'on time'

Ni memang penting sangat. Kalau korang tak dapat 'perform' dengan baik, sekurang-kurangnya korang korang siapkan kerja mengikut deadline yang ditetapkan. Barulah diorang nampak yang korang ni seorang yang rajin.

6. Ikut peraturan syarikat

Jangan memandai-mandai nak langgar peraturan syarikat ye. Kalau simple rules pun korang tak boleh ikut, memang takde harapanlah korang nak diserap masuk bekerja nanti. 

Sumber: The Balance