3 Persoalan Yang Korang Kena Tanya Diri Balik Sebelum Buat Keputusan Nak 'Resign'
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

3 Persoalan Yang Korang Kena Tanya Diri Balik Sebelum Buat Keputusan Nak 'Resign'

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Aug 27, 2017
pada 2:16 AM

Dalam realiti bekerja, akan sampai satu masa di mana akan timbul perasaan ingin berhenti kerja apabila kita dah terlalu lama berada di sesebuah syarikat. Tapi kadang-kadang tu kita ragu-ragu sama ada nak berhenti kerja ataupun korang cuma berasa penat dan inginkan rehat sementara waktu.

Jadi, macam mana kita nak tahu sama ada kita betul-betul nak nak berhenti kerja ataupun tak? Boleh ke kita main ikut je apa kata instinct kita? 

Nah, ni ada 3 soalan yang korang kena tanya diri sendiri sebelum korang betul-betul buat keputusan untuk berhenti kerja.

1. Adakah Saya Sudah Mencapai Kemajuan Dan Berkembang?

Bilakah waktu yang sesuai untuk berhenti kerja? Adakah saya patut berhenti kerja bila ada tawaran kerja lain yang menjanjikan bayaran yang tinggi? Ramai je orang yang tak sukakan kerja diorang tapi tetap meneruskan kerja sebab nak beli barang untuk 'show off'. Sebelum korang betul-betul nak berhenti kerja, baik korang tanya, adakah korang betul-betul dah berkembang di syarikat korang bekerja sekarang?

2. Adakah Saya Mampu Melakukan Banyak Perkara?

Adakah korang mempunyai banyak skil dan kelebihan sepanjang bekerja di situ? Ada saya mempunyai sebarang kemajuan? Adakah saya sudah mampu untuk melakukan pelbagai perkara? 

Sekiranya korang masih mahu meneruskan kerja di syarikat tersebut kerana ingn mendapatkan ilmu dan memajukan diri di syarikat tersebut, itu bermakna korang sangat mendapat kepuasan dalam kerja korang. 

3. Adakah Kerja Sekarang Bawa Saya Keluar Daripada Comfort Zone Saya Sendiri?

Ramai antara kita yang sukakan kerja yang selesa (siapa tak suka, kan?) dan bila pergi kerja tu kerja pun tak berapa nak ada sangat. Bila kerja pun nak taknak je buat, mulalah complain gaji tak banyaklah, apalah. Kalau korang nak dapat gaji yang banyak, korang kenalah pikul tanggungjawab yang banyak dalam kerja korang tu. Jadi, sebelum nak berhenti kerja tu, tanya diri korang balik, adakah kerja korang tu betul-betul mencabar?

Kesimpulannya, sebelum korang mengambil keputusan untuk berhenti kerja, korang kena pentingkan 3 sebab ni terlebih dahulu. Janganlah nak berhenti kerja semata-mata nak dapatkan gaji yang tinggi je. Memang kita semua ada bil yang perlu dibayar, tapi cuba jangan pentingkan gaji sangat. Utamakan niat untuk dapatkan pengalaman dan ilmu ketika bekerja, hal gaji letak nombor dua.