Yuran Lesen Pemandu Bas Ekspres Akan Dikurangkan Khusus Bagi Graduan Muda Untuk Ceburi Bidang Ini
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

Yuran Lesen Pemandu Bas Ekspres Akan Dikurangkan Khusus Bagi Graduan Muda Untuk Ceburi Bidang Ini

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Aug 27, 2017
pada 7:33 AM

Kita sering kali didedahkan dengan pekerjaan yang selalu diulang-ulang seperti polis, bomba, cikgu, jurutera dan sebagainya. Sebenarnya ada banyak lagi pekerjaan yang jarang-jarang sekali disebutkan dan menyebabkan ramai tidak memohon kerja tersebut.

Pernah dengar tentang pekerjaan sebagai pemandu bas ekspres? Haa kerjaya ni memang jarang sekali disebutkan dan kita pun tak mempunyai banyak info tentangnya.

Baru-baru ni, kerajaan  menggalakkan lebih ramai golongan muda menceburi kerjaya sebagai pemandu bas ekspres. Perasan tak, jarang sekali kita tengok orang muda memandu bas ekspres kan? Ini kerana majoriti pemandu bas ekspres di negara ini adalah golongan berusia dengan purata umur 40 tahun dan ke atas.

Sebenarnya belum ada had umur untuk pemandu bas ekspres dan ia tak pernah pun dibincangkan sebelum ni. "Belum ada had (umur) untuk pemandu, saya terkejut ada yang sebut mengenai had umur kerana saya tak pernah nyatakan perkara itu," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri.

Agak-agak korang ,kenapa kerjaya ni kurang mendapat perhatian ye?

Ini berkemungkinan kerana kita kurang didedahkan mengenai kerjaya ini. Mungkin ramai yang tak tahu wujudnya pekerjaan itu ataupun ramai meletakkan persepsi yang kerjaya tersebut 'takde class' sebab ia jarang diperkatakan.

Selain itu, kos untuk mendapatkan lesen yang agak tinggi iaitu sebanyak RM 2000 mungkin antara faktor lain yang menyebabkan golongan muda tak berminat untuk memohon jawatan ini. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan berkemungkinan akan mengurangkan yuran tersebut dan menjadikannya harga yang tak membebankan.

"Apa yang tidak menggalakkan orang muda untuk menjadi pemandu bas ialah kos untuk mendapatkan lesen sekitar RM2,000... Mungkin kita boleh kurangkan yuran atau menggabungkan yuran itu ke dalam latihan mereka sebagai pemandu bas," katanya.

Jadi lepas ni bolehlah ramai-ramai apply untuk jawatan pemandu bas ekspres ni ye. Dah ada peluang tu, rebutlah selagi boleh!

Sumber: Astro Awani