Isu graduan menganggur kerana banyak syarikat lebih prefer graduan yang ada pengalaman kerja semakin hangat diperkatakan. Mana taknya, nama pun graduan, manalah nak ada pengalaman kerja sebab baru je habis belajar, kan?


by Haziqah Muhamad
Isu graduan menganggur kerana banyak syarikat lebih prefer graduan yang ada pengalaman kerja semakin hangat diperkatakan. Mana taknya, nama pun graduan, manalah nak ada pengalaman kerja sebab baru je habis belajar, kan?
Satu lagi isu di mana syarikat nak bayar gaji murah tapi mereka nakkan graduan yang dah ada pengalaman kerja. Habis tu, graduan nak kerja apa?
Siapa kata internship korang yang mengambil masa selama 3 bulan (atau lebih) tu sekadar untuk melengkapkan subjek dalam pengajian semata-mata? Bila ditanya masa interview, ramai yang cakap 'takde pengalaman kerja' padahal internship korang tu pun dah dikira sebagai pengalaman kerja tau. Masukkan sekali segala tugasan yang korang buat masa internship tu.
Selalunya masa internship, supervisor akan arahkan korang buat macam-macam kerja yang di luar subjek pengajian korang. Haa peluang tulah yang korang boleh gunakan sebagai pengalaman. Sebab tulah masa internship, jangan asyik merungut je. Itu semua korang boleh gunakan untuk 'jual' diri korang kat recruiter nanti tau!
Kalau korang malas sangat nak kerja di luar, freelance job kan ada? Boleh bekerja di rumah lagi tau. Katakan korang merupakan graduan journalism, korang boleh apply untuk buat freelance menulis untuk mana-mana portal yang ada kekosongan. Banyak je portal yang memerlukan penulis, lebih-lebih untuk korang yang memang betul-betul nak cari pengalaman.
Ramai yang tak masukkan pengalaman kerja sementara dalam resume masing-masing. Itulah selling point yang akan menarik perhatian recruiter nanti! Katakan korang cuma bekerja sebagai pembantu butik selama 2 bulan je, korang boleh letak dalam resume. Ini menunjukkan yang korang ada skil dan kelebihan dalam komunikasi dan interaksi dengan pelanggan. Kalau korang nak kerja dalam bidang marketing, pengalaman macam ni memang sangat-sangat berguna tau!
Kalau kita nak kerja dalam bidang journalism contohnya, freelance job sebagai penulis adalah pengalaman kerja yang sangat baik dan akan membantu korang nanti masa nak apply kerja. Recruiter tahu yang sekurang-kurangnya korang dah ada ilmu dalam kerja tersebut. Diorang pun takde masa nak ajar basic info pasal sesuatu kerja walaupun korang orang baru di syarikat tersebut. Bila dah masuk alam pekerjaan ni, kena pandai-pandai bawak diri tau. Jangan nak kena 'spoonfeed' je 24 jam.
Kalau kita nak sangat kerja di syarikat A, korang cubalah risik mereka dengan cara offer diri korang untuk gantikan mana-mana staf yang perlu bercuti (sakit atau bersalin). Pekerjaan yang selalu memerlukan ganti adalah guru. Cubalah!
> Melebihi 1,000 peluang pekerjaan terkini di sekitar Penang
> Temuduga On The Spot!
> Keputusan temuduga dalam 24 Jam
> Syarikat-syarikat besar turut menyertai!
> Banyak jenis pekerjaan : Full Time, Part Time, Internship, Freelance
> Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!
Menarik? Cepat dapatkan Ticket VVIP ke tempat temuduga >> Klik untuk dapatkan Ticket Masuk VVIP