Nampak Je Macam Best Tapi Inilah 5 Cabaran Kerja Di Rumah Yang Ramai Tak Tahu
# Jenis Pekerjaan # Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Nampak Je Macam Best Tapi Inilah 5 Cabaran Kerja Di Rumah Yang Ramai Tak Tahu

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Aug 29, 2017
pada 2:02 AM

Sekarang ni memang banyak peluang kerja yang membolehkan kita kerja di rumah. Bila ada peluang depan mata macam ni, memang ramai yang memilih untuk kerja di rumah berbanding di ofis. Yelah, kalau dikira-kira balik, banyak benda boleh jimat termasuklah duit minyak, duit tol, duit makan dan sebagainya.

Tapi ramai yang ingat kerja di rumah ni satu pekerjaan yang mudah.

''Alah, kau bestlah kerja kat rumah. Boleh bangun lambat.'' 

''Kau bolehlah layan drama tu sebab kau kerja kat rumah.''

Mesti ramai yang membayangkan yang best-best je bila kerja kat rumah kan? Betul ke macam tu? Meh kami dedahkan 5 cabaran kerja di rumah yang ramai tak tahu.

1. Tak Boleh Socialize (Tak Bergaul)

Memang korang semua tahulah kan, kalau dah kerja kat rumah sorang-sorang tu, macam mana nak socialize, kan? Harapkan whatsapp jelah kalau korang nak borak dengan kawan-kawan.

2. Waktu Kerja Terganggu

Kalau korang duduk rumah sorang-sorang, berkemungkinan korang boleh siapkan kerja on time. Tapi kalau korang ada anak, macamana pulak? Agak-agak baru nak mula kerja, time tulah anak bangun, mintak makan dan sebagainya. Nak uruskan anak bukan ambil masa yang singkat. Lepas dah uruskan anak, confirm penat punyalah lepas tu. Haa tau-tau je korang tertidur. Harapanlah nak habis kerja sebelum pukul 5 petang macam office hours.

3. Susah Nak Fokus

Kalau kerja kat ofis pun ada gangguan yang datang, kalau kat rumah apatah lagi. Baru je nak mengadap kerja, perut pulak lapar. Time tu tiba-tiba mengidam nak makan itulah, inilah. Dah berjam-jam pulak korang duduk kat dapur. Nanti lepas makan mengantuklah pulak. Memang mencabar kan?

4. Ramai Anggap Korang Hanya 'Goyang Kaki'

Bila dah namanya kerja kat rumah, tak ramai orang anggap ia sebagai satu pekerjaan. Asal dok rumah je, dilabel surirumah. Asal dok rumah je, dilabel menganggur. Memang mencabar sangat nak yakinkan orang bila bekerja sendiri ni. Memang kena cekal hati dan mental. 

5. Kurang Masa Rehat

Kalau dah dari pagi sampai ke petang ada je gangguan yang datang, memang sampai ke malamlah baru siap kerja korang tu. Sesetengah orang tu siap tunggu anak tidur dulu baru boleh mula kerja.

Jadi untuk yang bekerja di rumah tu, jangan anggap korang ni 'kecil' tau. Cabaran kerja untuk yang bekerja di rumah dan di ofis ni tak sama. Tak wajar kalau nak dibandingkan. Yang penting, kerja di rumah ke, ofis ke, dua-dua pun mencari sumber rezeki yang halal kan. 


 

Pendaftaran terbuka sekarang! EKSPO MAUKERJA 2017 : Penang Edition yang bakal berlangsung 23 September 2017 (Sabtu) di CAT Wisma Yeap Chor Ee, Georgetown. Banyak aktiviti yang menarik menanti anda seperti:

> Melebihi 1,000 peluang pekerjaan terkini di sekitar Penang
> Temuduga On The Spot!
> Keputusan temuduga dalam 24 Jam
> Syarikat-syarikat besar turut menyertai!
> Banyak jenis pekerjaan : Full Time, Part Time, Internship, Freelance
> Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!

Menarik? Cepat dapatkan Ticket VVIP ke tempat temuduga >> Klik untuk dapatkan Ticket Masuk VVIP 

 

(Terhad kepada 3,000 pendaftar terawal sahaja!)

 

*PS: Ticket Masuk VVIP termasuk [1x Ticket Masuk Ekspo Maukerja] + [1x RM5.00 Grab Discount Coupon]*