Kalau Tak Boleh Hadap Stress Melampau, Jangan Apply 10 Kerja Ni!
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

Kalau Tak Boleh Hadap Stress Melampau, Jangan Apply 10 Kerja Ni!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Aug 29, 2017
pada 4:27 AM

Setuju tak kalau admin cakap kerja ni adalah salah satu punca terbesar seseorang itu berasa tertekan dalam hidupnya? 65% pekerja mengatakan yang stress kerja ini memberi impak negatif pada hidup mereka. Stress kerja bukan hanya pada lambakan kerja yang tak pernah habis. Ada banyak lagi faktor lain seperti tidak ada jaminan kerja, mencuba untuk seimbangkan antara kerjaya serta kehidupan peribadi, kerja yang tidak pernah henti dan banyak lagi.

Korang rasa kerja korang dah paling stress di dunia? Korang ternyata salah kalau kerja korang tak tersenarai di sini:

 

Kerja paling stress di dunia

 

 

1. Anggota tentera terpilih

Kerja sebagai anggota tentera ini tersenarai sebagai kerja paling stress sekali sejak 2013 kalau korang nak tahu.  Bukannya perlu cegas dan badan sado je tau tak. Enlisted military personnel ni dia lain sedikit daripada tentera biasa. Tidak kira wanita atau lelaki yang secara sukarela untuk menyertai ini akan ditempatkan ke tempat-tempat yang merbahaya dan terlampau berisiko untuk pulang dengan selamat. 

Sebab itu lah kata orang medan perang itu antara hidup atau mati. Kalau bukan mereka yang pulang dengan selamat, maksudnya ahli keluarga akan menerima berita kematian mereka. Ianya adalah kerja yang begitu stress dan perlu kuat mental.

 

2. Ahli bomba

Sesiapa yang mempunyai kenalan, ataupun ahli keluarga sendiri yang menjadi ahli bomba, korang perlu hargai usaha mereka. Jangan inagt kerja mereka ni senang je sebab hanya perlu bekerrja jika ada kebakaran. Korang salah tahu tak, sebab ahli bomba ini ada bermacam lagi situasi genting yang dia perlu ada. Mengapa kerja ini stress? Bayangkan korang di tempat kejadian, ada 2 mangsa yang perlu diselamatkan tetapi korang hanya ada masa 1 minit sahaja. Siapa yang korang mahu pilih untuk diselamatkan? 

Jangan main-main, ini kerja yang kedua tertekan selepas anggota tentera. Tengok skala tekanan dia tipis sahaja dengan skala anggota tentera. 

 

3. Juruterbang

Ini bukan kerja untuk cari glamour sahaja tau, dan kalau korang nak kerja ini hanya untuk glamour dan update gambar pakai uniform yang kemas di dalam cockpit, korang salah. Ini adalah kerja yang tersenarai sebagai stress. Bayangkan lah perlu memandu airbus dengan kapasiti penumpang yang beratus-ratus. Kesemua nyawa mereka itu terletak di tangan juruterbang.

Jika menghadapi kesulitan, kapal terbang di hijacked dan bermacam lagi, semuanya memberi tekanan yang besar pada mereka. Kerja glamour ni benar-benar menguji kecergasan mentall dan tahap keupayaan korang. Ubah balik persepsi korang.

 

4. Anggota polis

Sama situasinya dengan anggota bomba di mana kedua-duanya perlu berada di dalam situasi genting. Jangan ingat kerja yang perlu memakai uniform sebegini hanya memerlukan kekuatann fizikal. Sebagai anggota polis, ada bermacam perkara yang perlu mereka fikirkan dan boleh sakit jantung. Kesemua tanggungjawab itu diletakkan di bahu, ianya  ternyata bukan kerja yang mudah.

 

5. Penyelaras acara

Siapa yang tak setuju dengan kerja ini pun stress juga bermaksud korang tak tahu lagi. Jadi event coordinator ni bukan mudah kerana korang lah yang perlu berlari sini-sana dan terkejar orang itu orang ini untuk pastikan majlis berjalan lancar. Orang yang hadir akan nampak betapa cantik dan smooth nya majlis tetapi tak tahu usaha dan kesusahan yang perlu dipikul oleh penyelaras acara. 

Sekali kalau mereka tersalah buat percaturan, memang rosak majlis. Kalau majlis yang grand dan besar-besaran lagi besarlah tanggungjawab yang dipikul dan lagi besar tekanan dia. 

 

6. Wartawan akhbar

Tak perlu cakap lagi, memang korang sendiri boleh tahu betapa teertekannya kerja ni. Kena kejar deadline setiap masa, kena marah, kena kerja siang malam untuk mencari berita sensasi yang baru. Kerja ini memerlukan korang untuk betul-betul beri komitmen pada kerja, dan jangan ingatlah boleh happy dan enjoy cuti umum atau hujung minggu. Telefon korang tak akan pernah berhenti berdering. Dengar pun dah stress kan?

 

7. Eksekutif korporat

Dengan skala tekanan kerja 48.56% tak ramai yang tahu betapa tertekannya kerja ini. Jawatan ini memerlukan seseorang itu untuk melakukan keputusan yang besar. Keputusan itu boleh memberi kesan pada keseluruh organisasi. Kalau salah percaturan boleh jatuh bankrupt dan bayangkan nasib pekerja-pekerja bawahan yang lain? Sebab itu lah muka  merka nampak lebih tua dari umur kerana  perlu banyak berfikir.

 

8. Esekutif perhubungan awam (PR)

Di tempat kelapan kerja yang paling stress tahun 2017 adalah sebagai PR. Kerja ini memang amat berat dan boleh sakit kepala memikirkannya. Korang ini adalah orang tengah yang perlu melakukan kesemua kerja. Tertekannya kerja ini kerana bayangkan jika pihak A dan pihak B masing-masing ada perangai tersendiri. Naik gila lah kalau nak melayankannya. Korang perlu kekal professional, itu lagi satu cabaran yang perlu dilakukan.

 

9. Pemandu teksi

Mengapa kerja ini amat tertekan? Admin pun terkejut juga mendengarnya. Bayangkan sebagai pemandu teksi korang perlu menghadap kesesakan lalu lintas yang teruk dan sama berulang-kali. Tak naik mental ke? Dengan perangai penumpang yang beraneka ragam, memang ini satu kerja yang stress. Sebab itu lah pemandu teksi suka bersembang dengan penumpang untuk menghilangkan stress.

 

10. Penyiar

Ini adalah kerja yang ditangga ke-10 paling stress abad ini. Mana tak nya tertekan, korang kena pastikan floor semua berjalan dengan lancar. Kamera sudut kena betul, host tidak tersalah skrip. Tambah-tambah lagi kalau ianya satu siaran live, lagi lah tekanan itu bertambah berkali ganda. 

Jangan ambil mudah mengenai stress kerja ni sebab ianya boleh membuatkan korang menghidap penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung dan banyak lagi. Kalau kerja korang tersenarai, cuba untuk pandang pada sudut positif dan jangan pula terus nak berhenti kerja. Tak ada kerja di dunia ni yang tak stress okay. Korang je kena pandai tackle kerja tu.


 

Pendaftaran terbuka sekarang! EKSPO MAUKERJA 2017 : Penang Edition yang bakal berlangsung 23 September 2017 (Sabtu) di CAT Wisma Yeap Chor Ee, Georgetown. Banyak aktiviti yang menarik menanti anda seperti:

> Melebihi 1,000 peluang pekerjaan terkini di sekitar Penang
> Temuduga On The Spot!
> Keputusan temuduga dalam 24 Jam
> Syarikat-syarikat besar turut menyertai!
> Banyak jenis pekerjaan : Full Time, Part Time, Internship, Freelance
> Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!

Menarik? Cepat dapatkan Ticket VVIP ke tempat temuduga >> Klik untuk dapatkan Ticket Masuk VVIP 

 

(Terhad kepada 3,000 pendaftar terawal sahaja!)

 

*PS: Ticket Masuk VVIP termasuk [1x Ticket Masuk Ekspo Maukerja] + [1x RM5.00 Grab Discount Coupon]*