Penjelasan Terperinci Tentang CCRIS & CTOS, Punca Mengapa Loan Selalu Kena 'Reject'
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Penjelasan Terperinci Tentang CCRIS & CTOS, Punca Mengapa Loan Selalu Kena 'Reject'

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Sep 4, 2017
pada 12:56 AM

Ramai yang sering merungut kerana mengalami masalah tak lepas nak buat pinjaman bank. Kadang tu ada yang tak sedar rekod CCRIS & CTOS mereka ada yang tak berapa nak 'cantik.' Boleh kata 90% loan yang tak lepas adalah disebabkan ada masalah dalam CCRIS & CTOS. Korang tahu tak apa beza antara CCRIS & CTOS? 

Gemar berkongsi mengenai hal-hal kewangan, seorang pelatih di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), @Amzmri_ ada penjelasan yang sangat jelas mengenai CCRIS & CTOS.

''CCRIS & CTOS ni dua benda yg berbeza maksud tapi bertujuan yang sama. Masing² berkaitan.''

''Kalau rekod CCRIS & CTOS kau buruk memang tak lepas la tak kira gaji kau besar mana pun.''

''CCRIS ni dia kumpul semua maklumat kredit yg kau ada. Hatta bil telefon kau pun masuk rekod.''

''CCRIS TIADA kuasa nk blacklist. Dia cuma tunjuk rekod pembayaran kita je. Mcm annual report sekolah dulu². Tapi kat sini bank yang akan nilai kau.''

''Laporan CCRIS & CTOS boleh dapat kat BNM. Walk in je lepastu tunjuk IC, ambik report. Settle! Free je. Kalau malas sangat check je online, tapi berbayar la.''

''CTOS pulak adalah sebuah syarikat swasta yang provide laporan kredit. Bank guna khidmat diorang untuk tengok rekod kita.''

''Sama mcm CCRIS jugak. CTOS tak boleh blacklist mana² individu. They just provide laporan rekod pembayaran.''

"Sebab tu kalau nak senang bila buat loan nanti jaga CCRIS & CTOS.''

 

Sumber: Twitter @Amzmri_


 

Pendaftaran terbuka sekarang! EKSPO MAUKERJA 2017 : Penang Edition yang bakal berlangsung 23 September 2017 (Sabtu) di CAT Wisma Yeap Chor Ee, Georgetown. Banyak aktiviti yang menarik menanti anda seperti:

> Melebihi 1,000 peluang pekerjaan terkini di sekitar Penang
> Temuduga On The Spot!
> Keputusan temuduga dalam 24 Jam
> Syarikat-syarikat besar turut menyertai!
> Banyak jenis pekerjaan : Full Time, Part Time, Internship, Freelance
> Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!

Menarik? Cepat dapatkan Ticket VVIP ke tempat temuduga >> Klik untuk dapatkan Ticket Masuk VVIP 

 

(Terhad kepada 3,000 pendaftar terawal sahaja!)

 

*PS: Ticket Masuk VVIP termasuk [1x Ticket Masuk Ekspo Maukerja] + [1x RM5.00 Grab Discount Coupon]*