Korang perasan tak, kadang-kadang tu dah banyak applications yang kita hantar untuk mohon kerja, tapi takde satu pun yang sangkut? Kalau dua tiga minggu tu takpelah lagi, ni dekat berbulan pun masih tak dapat sebarang panggilan. Pelik, kan?


by Haziqah Muhamad
Korang perasan tak, kadang-kadang tu dah banyak applications yang kita hantar untuk mohon kerja, tapi takde satu pun yang sangkut? Kalau dua tiga minggu tu takpelah lagi, ni dekat berbulan pun masih tak dapat sebarang panggilan. Pelik, kan?
Haa mesti ada tak kena dengan applications korang tu. Korang check betul-betul tak details yang korang isi tu sebelum korang klik butang 'send?'
Sedar ataupun tak, ni sebenarnya 6 kesilapan yang calon selalu buat masa isi details dalam borang permohonan kerja. Lepas ni make sure korang tak ulang kesilapan ni lagi tau!
Kalau korang tak tulis dua info penting ni, macam mana majikan nak contact korang untuk interview? Apa-apapun, pastikan dua maklumat ni ada sewaktu korang isi borang permohonan. Dua-dua mesti ada. Jangan pulak korang tulis email tapi nombor telefon tak tulis.
Kalau majikan dah letakkan tawaran gaji kat situ, mohonlah gaji mengikut yang ditawarkan. Contohnya, kalau majikan tawar RM1500, janganlah pulak korang letak RM2000. Letaklah RM1500 ataupun kurang daripada tu. Bila majikan dah letak gaji kat situ, tu bermakna majikan cuma ada bajet banyak tu je untuk gaji korang.
Haa kat sini calon selalu buat silap. Bila ditanya soalan macam ni, korang jangan tulis jawapan 'basic.' Contohnya, 'Saya layak bekerja di syarikat tuan sebab saya seorang yang rajin dan bertanggungjawab.' Cuba tukar jawapan dengan memasukkan fakta tentang diri korang seperti pengalaman kerja, kursus yang diambil, skil, kelebihan dan sebagainya.
Sebab dah terlalu biasa dengan alamat sedia ada, korang pun letak je alamat korang tu setiap kali nak mohon kerja. Padahal kerja yang korang apply tu dekat Johor, tapi korang letak alamat kat KL. Memang taklah majikan nak contact korang kan sebab memikirkan takkan korang nak berulang KL - Johor bila dapat kerja nanti. Haa kan majikan dah salah faham!
Kalau ada sesebuah syarikat yang mempunyai beberapa kekosongan jawatan, janganlah korang pergi apply semua jawatan yang ada di syarikat tu. Contohnya kalau korang nak sangat kerja di Brightan System, janganlah jawatan Content Writer pun korang apply, Marketing pun korang apply, Designer pun korang apply. Nanti majikan akan pertikaikan kelayakan korang yang sebenar-benarnya. Majikan pun akan jadi tak yakin nak ambil korang bekerja kalau macamni tau!
> Melebihi 1,000 peluang pekerjaan terkini di sekitar Penang
> Temuduga On The Spot!
> Keputusan temuduga dalam 24 Jam
> Syarikat-syarikat besar turut menyertai!
> Banyak jenis pekerjaan : Full Time, Part Time, Internship, Freelance
> Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!
Menarik? Cepat dapatkan Ticket VVIP ke tempat temuduga >> Klik untuk dapatkan Ticket Masuk VVIP