Korang Yang Sedang Cari Kerja Tu, Cuba 10 Tips Survival Yang Dikongsikan Oleh 'Cik Manager' Ni
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Korang Yang Sedang Cari Kerja Tu, Cuba 10 Tips Survival Yang Dikongsikan Oleh 'Cik Manager' Ni

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Sep 4, 2017
pada 5:23 AM

Pernah tak rasa kecewa sangat bila usaha kita turun naik dari satu company ke satu company untuk apply kerja seakan-akan tak berbaloi? Dah macam-macam jenis interview yang korang pergi, dah macam-macam jenis interviewer yang korang jumpa, tapi takde satu pun yang berkenan di hati bakal majikan korang tu. Duit dah banyak habis dah. Penat pun penat. 

Memang betul, rezeki tu tak pernah salah alamat. Tapi tak salah kalau kita nak semak balik usaha kita tu. Mana tau kot-kot ada satu, dua perkara yang korang tersilap tapi korang tak perasan atau tak tahu pun benda tu salah sebenarnya.

Lihat perkongsian yang dikongsi oleh individu ini yang hanya mahu dikenali sebagai 'Cik Manager' mengenai tentang cara untuk survive dalam mencari kerja.

1. Survey Market

Pertama sekali, mulakan dengan teknik survey market. Tak mudah pun cara ni tapi memang berkesan. Survey market ni tujuannya untuk kita semak, berapa tangga gaji yang bersesuaian, apa contoh job description kita, apa flexibility kerja dan apa demand yang ada. Dan yang paling penting, nak mengelakkan kita untuk sebarang masalah akan datang. Contohnya, kalau kita fresh graduate, kita mintak gaji RM2K sedangkan dalam market, mengikut pekerjaan yang kita apply, sudah mampu cecah RM3K. Kan dah rugi tu. Dari segi demand, kita boleh tahu apa job yang mempunyai permintaan yang tinggi. Tak susah, login saja ke dalam jobstreet atau apa-apa saja portal cari kerja, kita dah boleh buat survey tentang banyak perkara.

2. Buka minda, luaskan skop pekerjaan

Haa.. kebanyakan kita-kita ni sangkut bab ni. Cuba fahami, belajar satu bidang, bukan bermakna kita boleh bekerja satu bidang sahaja. Contohnya, belajar Mass Com, boleh jadi pengacara, wartawan, penyampai radio dan macam-macam lagi. Belajar Business, boleh jadi business development exec, public relation, marketing exec dan macam-macam lagi. Semak skop study awak, dan lihat berapa banyak peluang yang boleh awak ceburi dengan hanya 1 ijazah/diploma.

3. Update Resume & Portfolio

Jangan malas untuk update dan pastikan resume dan portfolio tu seiring dengan pengalaman kita. Jika apply bahagian design, jangan la hantar resume yang bosan, pastikan resume kreatif. Untuk designer, buktikan kebolehan kita untuk mencapai tahap kreativiti yang dimahukan contohnya menggunakan portfolio online. Jangan la pulak update portfolio dalam instagram lah, facebook lah. Sebaiknya guna lah link seperti behance, wix atau linked in. Baru la nampak professional. Jika pengalaman dalam resume bernilai 5 tahun, pastikan portfolio atau artwork yang ada setanding dengan 5 tahun tu. Kalau tak, ambillah sedikit masa untuk update dan kemas kini mengikut kesesuaian. Pastikan resume ringkas, padat dan mudah untuk dibaca. Resume yang too fancy atau too detail pun tak best jugak. Tak perlulah bagitau kerja-kerja tak berkaitan contohnya nak apply kerja admin tapi pernah bekerja sambilan sebagai pengasuh bayi jiran.

4. Sebarkan resume sewajarnya

Jangan takut untuk menghantar resume kepada banyak company mahupun company-company besar. Mana tau disebalik company tu, terselit salah satu peluang kita.

5. Nilai tambah diri

Tips ni berbalik kepada tips no 1 iaitu survey market. Check demand yang ada dalam market, jangan takut untuk mencuba, dan belajar sesuatu yang baru. Nilai tambah diri ni contohnya pergi seminar, training atau kursus-kursus yang boleh bagi kita extra skill. Memandangkan kita di zaman teknologi yang serba pantas, deman dalam bidang digital sangatlah tinggi. Tak salah kalau kita amik kelas untuk belajar cara penggunaan komputer seperti web design, adobe skills, ataupun microsoft excel in advance learning. Ataupun paling best, ambil kelas third languange seperti mandarin, french, arab, japanese atau banyak lagi. Mana tau, extra skill ini lah sebenarnya lubuk emas dalam peluang kita.

6. Praktis skill interview

Jangan gugup. Lancarkan percakapan. Confident tetapi jangan terlalu confident. Tak salah kalau goreng sikit-sikit semasa interview. Tapi jangan lah banyak sangat ya. Nanti sendiri terkantoi. Tujuannya adalah untuk memberi kepercayaan kepada majikan bahawa kita mampu buat. Bila dah masuk kerja nanti, ambil masa extra untuk belajar sesuatu yang baru, dan buktikan kepada majikan, apa yang kita ‘goreng’ masa interview tu bukanlah sekadar penipuan lagi, tetapi memang kepakaran kita. Memang dalam setiap pekerjaan, akan ada suatu yang baru untuk kita pelajari. Sedangkan cikgu pun belajar lagi.

7. Semak kemampuan/flexibiliti diri

Ini penting untuk mengelakkan ketidakpuas hatian bila dah bekerja nanti. Buat survey tentang company, environment bekerja dan management sistem company itu. Ada orang tidak suka bekerja shift. Jadi semak awal-awal supaya bila dah kerja nanti, tak ada la menyesal. Ada orang tak suka balik kerja lambat, ada orang tak mampu travel sebab tak ada kenderaan, ada orang tak suka environment kerja yang banyak politik, dan ada orang tak suka company yang terlalu banyak birokrasi. Semak betul-betul supaya tak terjadinya kes lompat-lompat kerja ni.

8. Demand, benefit dan negotiation

Ketahui demand kita. Jika mempunyai pengalaman yang banyak, ketahui berapa tangga gaji yang boleh kita minta. Ini bukan apa, untuk survival akan datang jugak. Ketahui jugak apa benefit bersesuaian. Jika skop kerja banyak membabitkan travel ke sana sini, pastikan medical dan travel insurance disediakan. Jika menggunakan kenderaan kita, pastikan travel allowance yang berbaloi. Part negotiation pulak, adalah part di mana kita boleh bertolak ansur dengan company. Ada company yang bagi gaji rendah, tetapi benefit yang tinggi seperti, group insurance, allowance, OT, claim, flexibiliti masa kerja dan sebagainya. Ye lah, mana ada company yang perfect 100%. Jadi kita kena lah pandai bertolak ansur. Terlalu demand pun adalah antara punca-punca pengangguran. Dan terlalu ikutkan company jugak adalah punca-punca stress dan depression dalam pekerjaan.

9. Hias diri dan personaliti

Masa datang interview, pastikan pakaian yang bersesuaian dengan skop kerja. Ada juga company yang tidak mementingkan pakaian formal, tetapi kemas dan sesuai. Contohnya jika apply sebagai fashion designer, haruslah trendy dan fashionable kan. Tak semestinya kena pakai blazer dan kot saja. Yang penting, tak menjolok mata, dan tidak mendatangkan sensitiviti kepada sesiapa. Hiaslah jugak personaliti. Senyum, jangan sombong, jaga intonasi, jangan terlalu menunjuk dan jangan pula terlalu pasif. Pucuk pangkal, persembahan diri kita adalah first impression kita kat orang.

10. Doa dan tawakkal

Setelah usaha macam-macam. Jangan lupa yang paling penting sekali, doa dan tawakkal berserah diri kepada Allah. Percaya yang rezeki itu jaminan Allah. jangan cepat putus asa jika tak dapat sesuatu pekerjaan, percaya yang Allah dah aturkan yang lebih baik buat kita. Mungkin kerja tu kita nak sangat, tapi Allah tak bagi sebab buat kita stress. Mungkin kerja tu kita idamkan, tetapi Allah belum nak bagi, sebab ada orang yang lebih memerlukan.

 

Pendaftaran terbuka sekarang! EKSPO MAUKERJA 2017 : Penang Edition yang bakal berlangsung 23 September 2017 (Sabtu) di CAT Wisma Yeap Chor Ee, Georgetown. Banyak aktiviti yang menarik menanti anda seperti:

> Melebihi 1,000 peluang pekerjaan terkini di sekitar Penang
> Temuduga On The Spot!
> Keputusan temuduga dalam 24 Jam
> Syarikat-syarikat besar turut menyertai!
> Banyak jenis pekerjaan : Full Time, Part Time, Internship, Freelance
> Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!

Menarik? Cepat dapatkan Ticket VVIP ke tempat temuduga >> Klik untuk dapatkan Ticket Masuk VVIP 

 

(Terhad kepada 5,000 pendaftar terawal sahaja!)

 

*PS: Ticket Masuk VVIP termasuk [1x Ticket Masuk Ekspo Maukerja] + [1x RM5.00 Grab Discount Coupon]*