Masih Menganggur? Applylah Kerja Graphic Designer Ni, Gaji Hingga RM5000 & Boleh Mula Kerja Serta Merta!
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Masih Menganggur? Applylah Kerja Graphic Designer Ni, Gaji Hingga RM5000 & Boleh Mula Kerja Serta Merta!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Sep 4, 2017
pada 7:13 AM

Peluang baik untuk korang yang ada skil dan ilmu pengetahuan dalam bidang Graphic Designer! Kalau korang rasa korang layak dalam bidang ni, bolehlah mohon kerja di syarikat NCMS Creation Sdn Bhd yang terletak di Maluri, Kuala Lumpur. 

Gaji yang ditawarkan sangat-sangat lumayan iaitu sekitar RM2500 hingga RM5000. Pergh, banyak tu! Zaman-zaman sekarang ni agak sukar nak dapatkan kerja dengan gaji 'masyuk' macam tu!

Dah lah gaji tinggi,waktu kerja pulak sangat-sangat fleksibel. Kalau korang nak bekerja dari rumah pun boleh! Bayangkan kalau kerja dari rumah, kos perbelanjaan ke tempat kerja dan makan dah boleh jimat dah. Katakan duit makan sehari RM10 x 20 hari waktu bekerja, dah RM200 korang boleh jimat! Susah nak dapat access internet? Takde laptop dan handphone nak buat kerja? Tak cukup kelengkapan 'home office' yang boleh memudahkan korang buat kerja? Jangan risau, semuanya bakal disediakan untuk korang. Beruntung betullah!

Sekiranya korang berminat, boleh rujuk kriteria dan manfaat yang ditawarkan oleh NCMS Creation Sdn Bhd seperti di bawah:


Graphic Designer

RM2500 - RM5000

Kelayakan

  • Berpengetahuan dalam Mac Design Softwares (In-Design, Photoshop, Illustrator)
  • Kerja bebas dan pantas
  • Mula kerja serta-merta
  • Jawatan full time disediakan
  • Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Inggeris
  • Boleh bekerja dalam kumpulan
  • Kreatif, rajin dan boleh bekerja dalam suasana yang pantas
  • Mempunyai kenderaan

 

Tanggungjawab

  • Menghasilkan kerja yang bagus
  • Ikut kehendak pelanggan (adakan sesi briefing terlebih dahulu)
  • Tetapkan jadual untuk disiapkan dan bajet yang diperlukan
  • Bekerja dengan pelbagai jenis media dan software graphic design
  • Kreatif dalam menghasilkan konsep, grafik dan layout
  • Sediakan draft dan bentangkan idea
  • Ubah design mengikut kehendak klien
  • Harus bekerja dengan copywriter, designer, stylist, executive dan lain-lain

 

Manfaat

  • Komisyen
  • Perkongsian keuntungan
  • Cuti dan cuti sakit diberikan
  • Kerja dari rumah
  • Waktu kerja yang fleksibel

 

Lokasi

Maluri, KL

Wahhh ruginya kalau sesiapa yang berbakat dalam bidang ni tapi tak apply! Dah lah gaji lumayan, boleh kerja dari rumah pulak tu! Kelengkapan semuanya disediakan tau! Bagi yang boleh mula kerja serta-merta amatlah digalakkan untuk memohon!


 

Pendaftaran terbuka sekarang! EKSPO MAUKERJA 2017 : Penang Edition yang bakal berlangsung 23 September 2017 (Sabtu) di CAT Wisma Yeap Chor Ee, Georgetown. Banyak aktiviti yang menarik menanti anda seperti:

> Melebihi 1,000 peluang pekerjaan terkini di sekitar Penang
> Temuduga On The Spot!
> Keputusan temuduga dalam 24 Jam
> Syarikat-syarikat besar turut menyertai!
> Banyak jenis pekerjaan : Full Time, Part Time, Internship, Freelance
> Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!

Menarik? Cepat dapatkan Ticket VVIP ke tempat temuduga >> Klik untuk dapatkan Ticket Masuk VVIP 

 

(Terhad kepada 5,000 pendaftar terawal sahaja!)

 

*PS: Ticket Masuk VVIP termasuk [1x Ticket Masuk Ekspo Maukerja] + [1x RM5.00 Grab Discount Coupon]*