Jadi Beauty Advisor Di Nivea Boleh Dapat Sampai RM4000 + Komisyen + Insentif + OT Di Selangor & KL!
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Jadi Beauty Advisor Di Nivea Boleh Dapat Sampai RM4000 + Komisyen + Insentif + OT Di Selangor & KL!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Sep 4, 2017
pada 8:53 AM

Beiersdorf merupakan sebuah syarikat yang menghasilkan produk kecantikan yang sangat-sangat memenuhi setiap kehendak pelanggannya. Dengan pengalaman lebih 125 tahun dalam dunia kecantikan, ini menjadikan Beiersdorf sebagai sebuah syarikat kecantikan yang sangat inovatif dari segi penghasilan produk kosmetik berkualiti tinggi.

Salah satu jenama produk terkenal hasil keluaran Beiersdorf sudah tentulah NIVEA! Bukan setakat wanita, lelaki pun guna produk NIVEA ni sebab ia merupakan jenama kecantikan terbesar dunia tau! Memang mustahillah kalau korang tak kenal jenama NIVEA ni.

Teringin nak kerja dengan syarikat gah ni? Peluang baik untuk korang! Sekarang NIVEA sedang mencari individu berkelayakan untuk isi kekosongan jawatan sebagai Penasihat Kecantikan (Beauty Advisor). Dah lah pendapatan yang korang bakal dapat boleh cecah RM4000, ada banyak lagi manfaat lain pulak tu termasuklah bonus, insentif, elaun, diskaun staf, cuti tahunan, manfaat perubatan dan banyak lagi manfaat lain! Wah, banyak tu!

Untuk jawatan ni, kekosongan terbuka bagi kawasan sekitar Selangor dan KL tau. Berikut merupakan maklumat lengkap mengenai jawatan ini:


Penasihat Kecantikan (Beauty Advisor)

Pendapatan Hingga RM4000

 

Kelayakan

  • ​​Wanita atau Lelaki
  • Min SPM dengan pengalaman kerja sekurang-kurangnya 1 tahun
  • Berketerampilan menarik
  • Disiplin dan berdikari
  • Mempunyai skil komunikasi dan boleh menarik minat pelanggan tentang sesuatu produk
  • Positif dan boleh melayan pelanggan dengan baik

 

Tanggungjawab

  • Berikan pendapat dan bantu pelanggan buat pemilihan produk dengan baik
  • Promosi produk kecantikan
  • Capat target sales yang ditetapkan
  • Berikan servis yang baik kepada pelanggan

 

Manfaat

  • Imbuhan menarik (Basic + komisyen + insentif + OT)
  • Dapat kelebihan untuk produk kecantikan ini
  • Diskaun staf dan hadiah hari jadi
  • Bonus
  • Insentif dan elaun
  • Cuti tahunan
  • Manfaat perubatan
  • Insurans hospital dan kemalangan
  • Latihan diberikan
  • Peningkatan karier

 

Lokasi

Sekitar Selangor & KL