Andakah Tunggakan PTPTN Anda Telah Disenarai Hitam Untuk Ke Luar Negara? Semak Disini Sekarang!
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Andakah Tunggakan PTPTN Anda Telah Disenarai Hitam Untuk Ke Luar Negara? Semak Disini Sekarang!

post by Izuan

by Izuan

Sep 6, 2017
pada 5:43 AM

Selain daripada membuat sebarang pinjaman rumah, kad kredit, kereta dan sebagainya yang melibatkan komitmen. Rasanya ramai yang dah tahu jika anda disenarai hitamkan oleh PTPTN, anda tidak boleh ke luar negara dan disenarai hitamkan oleh pihak Imigresen.

Semakan haruslah dibuat dari semasa ke semasa agar tidak mengganggu perjalanan anda, jika berlaku sebarang masalah segeralah perbaiki segera (bayar tunggakan) Jadi, jom semak status anda sekarang!

Cara-Cara Menyemak Status Senarai Hitam Imigresen Online

Untuk mendapatkan status dengan mudah, semakan secara online boleh dilakukan dengan mudah.

1. Pergi Ke Laman Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia : http://sspi.imi.gov.my/sspi/

SEMAK DISINI

2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan & Klik 'Semak'

3. 'Tiada Halangan' Menandakan Nama Anda Bersih

4.  "Sila Rujuk Ke Pejabat Imigresen Terdekat" Menandakan Telah Disenarai Hitam!

Peminjam hendaklah berunding dengan PTPTN dalam tempoh 7 hari sebelum ke luar negara bagi mengelakkan sekatan di lapangan terbang atau di pintu sempadan.