Guna 3 'Tricks' Ni Kalau Nak Bagi Kemeja Putih Korang Nampak Macam Baru Walaupun Dah Berulang Kali Pakai
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Guna 3 'Tricks' Ni Kalau Nak Bagi Kemeja Putih Korang Nampak Macam Baru Walaupun Dah Berulang Kali Pakai

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Sep 8, 2017
pada 12:47 PM

Ramai yang menyukai baju berwarna putih berbanding warna-warna yang lain. Mana taknya, baju putih ni senang sangat kalau nak dipadankan dengan apa-apa pakaian dan occasion sekalipun. Kira macam warna selamatlah. Lebih-lebih lagi untuk yang bertudung. Pakai je baju putih, dan padankan dengan tudung berlainan warna. Haa takdelah nampak macam korang pakai baju tu ulang-ulang (padahal korang memang ulang pun kan).

Tapi untuk mengekalkan warna putih pada baju tu memang agak leceh sikit, kan? Kadang tu dah basuh dua, tiga kali, warna jadi pudar dan kelihatan sedikit lusuh. Perasan tak?

Apa kata korang cuba guna 3 tips ini bagi mengekalkan baju putih korang nampak macam baru.

1. Asing baju mengikut material

Ini sangat penting. Sebelum nak basuh baju tu, asingkan baju putih dengan baju-baju yang mempunyai material berlainan. Kemeja diperbuat daripada linen dan kapas boleh dibasuh bersama. Kalau kemeja berbulu perlu diasingkan walaupun ia berwarna putih.

2. Buang tompok kotoran terlebih dulu dan rendam dengan air panas

Kalau ada kotoran pada baju putih tu, bersihkan dulu bahagian tersebut. Gunakan sabun cuci pinggan mangkuk yang ada di rumah sebab ia mengandungi bahan dan enzim peluntur oksigen. Bila kotoran sudah hilang, rendam kemeja dalam air panas bagi menghilangkan tompok kotoran pada baju tersebut.

3. Basuh guna sabun pencuci dan kemudian jemur

Kalau taknak guna lemon, guna air jeruk lemon pun boleh. Tapi yang penting, jemur kemeja tersebut di bawah cahaya matahari tau. Jangan guna 'dryer' sebab hasilnya takkan sama.

Sumber: Maskulin


Pendaftaran terbuka sekarang! EKSPO MAUKERJA 2017 : Penang Edition yang bakal berlangsung 23 September 2017 (Sabtu) di CAT Wisma Yeap Chor Ee, Georgetown. Banyak aktiviti yang menarik menanti anda seperti:

> Melebihi 1,000 peluang pekerjaan terkini di sekitar Penang
> Temuduga On The Spot!
> Keputusan temuduga dalam 24 Jam
> Syarikat-syarikat besar turut menyertai!
> Banyak jenis pekerjaan : Full Time, Part Time, Internship, Freelance
> Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!

Menarik? Cepat dapatkan Ticket VVIP ke tempat temuduga >> Klik untuk dapatkan Ticket Masuk VVIP 

 

(Terhad kepada 5,000 pendaftar terawal sahaja!)

 

*PS: Ticket Masuk VVIP termasuk [1x Ticket Masuk Ekspo Maukerja] + [1x RM5.00 Grab Discount Coupon]*