Selalu tak rasa macam kena psiko balik dengan penemuduga setiap kali habis temuduga? Entah apa lah korang jawab tapi mimik muka penemuduga semua macam tak meyakinkan je. Ah FAIL lah ni.


by Izuan
Selalu tak rasa macam kena psiko balik dengan penemuduga setiap kali habis temuduga? Entah apa lah korang jawab tapi mimik muka penemuduga semua macam tak meyakinkan je. Ah FAIL lah ni.
Cuba korang psiko balik penemuduga dengan cara ni tanpa try hard

Sebenarnya setiap warna pemakaian cerminkan tanggapan yang berbeza.
Biru : team player
Hitam : ada potensi leadership
Kelabu : Lebih logik / analytical
Putih : teratur
Brown: boleh diharap
Red: kekuatan

Sebenarnya korang tek perlu pun buat research mendalam sangat, cukup sekadar jawab berdasarkan umur mereka :
Penemuduga Generasi Y (20an - 30an) : highlight keupayaan multitask korang dan bawa sample kerja-kerja lama
Penemuduga Generasi X (30an - 50an) : Tekankan tahap kreativiti dan kepentingan work-life balance mempengaruhi prestasi kerja
Penemuduga Baby Boomer (50an dan 70an) : Yakinkan yang korang rajin usaha dan hormati apa yang mereka dah capai
Silent Generation interviewers (70an dan 90an) : Tonjolkan kesetiaan dan komitmen terhadap kerjaya sebelum ini

Salah satu cara korang boleh psiko penemuduga, beri kredit pada pencapaian syarikat dan penemuduga. Kajian daripada University of Washington dan the University of Florida berjaya buktikan, calon pekerja yang tak try hard untuk promote diri ni lah ada potensi tinggi untuk diambil kerja.

"What's your greatest weakness?" - soalan paling famous lah korang dengar setiap kali pergi temuduga. Ramai antara kita semua akan jawab soalan klise, jadi penemuduga pun akan ragu-ragu korang ni jujur ke tak dengan kelemahan yang ada pada diri.
Tonjolkan diri korang dengan menyatakan kelemahan secara spontan, takda lah macam dah 100 kali hafal skrip kan? Bila korang jawab begini, secara automatik penemuduga takkan ada keraguan langsung terhadap korang.

Jangan pernah buang masa penemuduga dengar suara mendatar korang tu. Nampak sangat korang tak berminat nak mohon jawatan tersebut. Pastikan suara korang sentiasa bertenaga, tak bosan dan jangan melampau-lampau sangat nada suara.
> Melebihi 1,000 peluang pekerjaan terkini di sekitar Penang
> Temuduga On The Spot!
> Keputusan temuduga dalam 24 Jam
> Syarikat-syarikat besar turut menyertai!
> Banyak jenis pekerjaan : Full Time, Part Time, Internship, Freelance
> Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!
Menarik? Cepat dapatkan Ticket VVIP ke tempat temuduga >> Klik untuk dapatkan Ticket Masuk VVIP