Kenapa Polis Peronda Dikecualikan dari Memakai Tali Pinggang Keledar? Ini Sebabnya
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Kenapa Polis Peronda Dikecualikan dari Memakai Tali Pinggang Keledar? Ini Sebabnya

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Sep 11, 2017
pada 1:39 AM

Mungkin ada yang tahu dan mungkin ada juga yang tak tahu sebenarnya polis peronda tak diwajibkan untuk memakai tali pinggang keledar ketika memandu. Polis selalunya akan menyaman orang awam yang tak pakai tali pinggang keledar semasa memandu, tapi polis sendiri pun tak pakai tali pinggang keledar. Boleh ke macam tu? 

Haa mesti ada yang tak puas hati, kan? Nanti dulu. Pihak polis ada sebabnya yang tersendiri yang membolehkan mereka mendapat pengecualian pemakaian tali pinggang keledar ketika memandu. Dengarkan penjelasan di bawah:

Pengecualian diberikan hanya kepada anggota polis kereta peronda yang bertugas dan yang sedang mengawal VVIP bagi memudahkan mereka melakukan pergerakan sekiranya berlakunya kecemasan. 

Cuba bayangkan sekiranya korang sendiri seorang anggota polis kereta peronda dan terserempak dengan kejadian tembak menembak atau situasi yang memerlukan korang untuk mengambil tindakan segera. Pasti tali pinggang keledar akan menghalang korang untuk bergerak pantas. Ini mungkin boleh membahayakan nyawa korang tau!

Jadi janganlah kita mempunyai tanggapan buruk seperti kerajaan berat sebelah atau sebagainya ye. Ada sebab tertentu yang menyebabkan mereka memerlukan pengecualian ini.

 

Pendaftaran terbuka sekarang! EKSPO MAUKERJA 2017 : Penang Edition yang bakal berlangsung 23 September 2017 (Sabtu) di CAT Wisma Yeap Chor Ee, Georgetown. Banyak aktiviti yang menarik menanti anda seperti:

> Melebihi 1,000 peluang pekerjaan terkini di sekitar Penang
> Temuduga On The Spot!
> Keputusan temuduga dalam 24 Jam
> Syarikat-syarikat besar turut menyertai!
> Banyak jenis pekerjaan : Full Time, Part Time, Internship, Freelance
> Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!

Menarik? Cepat dapatkan Ticket VVIP ke tempat temuduga >> Klik untuk dapatkan Ticket Masuk VVIP 

 

(Terhad kepada 7,000 pendaftar terawal sahaja!)

 

*PS: Ticket Masuk VVIP termasuk [1x Ticket Masuk Ekspo Maukerja] + [1x RM5.00 Grab Discount Coupon]*