Kalau Majikan Suruh Korang 'Chow' Awal Sebelum Tarikh 'Resign', Apa Tindakan Wajar Korang Ambil?
# Pengetahuan Pekerja

Kalau Majikan Suruh Korang 'Chow' Awal Sebelum Tarikh 'Resign', Apa Tindakan Wajar Korang Ambil?

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Sep 12, 2017
pada 5:31 AM

Secara am nya, pekerja perlu memberikan notis sebulan awal sebelum tarikh hari official yang korang mahu berhenti dan ianya dipraktiskan di kebanyakkan tempat. Tapi korang perlu juga merujuk pada manual policy company sebelum bertindak untuk memberikan notis. Ada sesetengah tempat, mereka akan minta korang untuk keluar daripada premis dengan segera pada masa korang berikan notis berhenti kerja walaupun dalam notis itu tertera dengan jelas tarikh akhir korang bekerja yang mungkin seminggu dua lagi. Uish kejamnya!

"Tapi saya beri notis sebulan lagi baru berhenti kerja?" 

Company korang mungkin akan menyuruh korang untuk tinggalkan kerja dengan segera selepas sahaja korang hantarkan surat berhenti kerja atas sebab apa pun sekali. Ianya mungkin standard policy atau juga melibatkan mengenai kerja serta keselamatan dalam mengawal segala maklumat company. Sebagai contoh, jika korang bekerja dalam bidang sales, company akan memaklumkan yang korang tidak boleh ada sebarang contact dengan clients kerana boleh jadi yang korang mungkin akan promote produk baru dari tempat company korang yang terkini. Senang kata "sailang" client lah. 

Ada juga sebab kukuh mengapa korang perlu segera meninggalkan premis adalah mungkin korang boleh memberi bad influence kepada pekerja lain serta budaya dan moral majikan. Mana lah tahu, selepas je korang berikan notis sudah tak ada semangat lagi untuk nak kekalkan mutu kerja dan sikap itu akan memberi kesan kepada pekerja lain kan?

Sebab itu lah ada company yang amalkan policy tinggalkan premis dengan segera. Bukannya majikan tu kejam tetapi memang sudah peraturannya sebegitu. Semuanya bergantung pada policy company itu sendiri. 

"Kalau berhenti dengan kadar segera, bagaimana dengan gaji saya untuk bulan tu?"

Jika di company korang tiada polisi yang memerlukan untuk beri advance notis untuk berhenti kerja, seorang majikan tidak perlu bayar lebih daripada tempoh hari korang tamat bekerja. Jika ada request untuk advance notifikasi, ianya tidak membawa maksud satu keperluan atau requirement.

Penamatan pekerja boleh terjadi pada bila-bila masa dari mana-mana pihak. Walau secara ringkasnya, ramai majikan akan membayar penuh sebagai tanda budi bahasa serta untuk elakkan sebarang komplikasi atau menjejaskan manfaat status pekerja. 

"Kerja baru saya akan bermula lambat lagi. Macam mana ni?"

Elakkan menghantar notis berhenti kerja terlalu awal. Jika kerja baru korang sudah memberi maklumat akan mula bekerja sekian-sekian, korang perlu fikirkan kebarangkalian yang mungkin terjadi. Jika berlaku senario di mana perlu meninggalkan premis dengan segera, dan kerja baru korang pula masih tidak tahu pada tarikh bila kah akan bermula kerja baru.

Jawabnya menganggur lah buat tempoh masa tu dan seakan tiada jaminan kerja. Ianya untuk kerjaya korang juga, tunggu sehingga korang betul-betul diberi trikh untuk mula kerja baru lah hantar notis berhenti kerja. 

"Sebarang persediaan lain yang saya perlu lakukan?"

Selesai sahaja korang berikan notis berhenti kerja untuk tempoh sebulan atau sebagainya, dinasihatkan agar korang bersedia dengan sebarang follow-up. Jangan tangguh-tangguh lagi untuk nak mengemas meja dan barang-barang personal korang kerana siapa tahu sebaik sahaja berikaan notis berhenti kerja korang perlu meninggalkan meja dengan segera.

Nanti bila sudah terjadi korang tidak akan ada masa lagi untuk nak kemaskan barang. Jika ada sebarang urusan rasmi yang perlu korang lakukan sebelum pergi, lakukan dengan segera. Berjumpa lah dengan HR atau mana-mana department jika ada borang yang perlu korang dapatkan dan sebagainya. 


 

Pendaftaran terbuka sekarang! EKSPO MAUKERJA 2017 : Penang Edition yang bakal berlangsung 23 September 2017 (Sabtu) di CAT Wisma Yeap Chor Ee, Georgetown. Banyak aktiviti yang menarik menanti anda seperti:

> Melebihi 1,000 peluang pekerjaan terkini di sekitar Penang
> Temuduga On The Spot!
> Keputusan temuduga dalam 24 Jam
> Syarikat-syarikat besar turut menyertai!
> Banyak jenis pekerjaan : Full Time, Part Time, Internship, Freelance
> Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!

Menarik? Cepat dapatkan Ticket VVIP ke tempat temuduga >> Klik untuk dapatkan Ticket Masuk VVIP 

 

(Terhad kepada 8,000 pendaftar terawal sahaja!)

 

*PS: Ticket Masuk VVIP termasuk [1x Ticket Masuk Ekspo Maukerja] + [2x RM5.00 Grab Discount Coupon]*