Si Kaki Ampu Atau Berat Sebelah Ni Ada 4 Jenis Tau, Kat Tempat Kerja Korang Yang Mana?
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Si Kaki Ampu Atau Berat Sebelah Ni Ada 4 Jenis Tau, Kat Tempat Kerja Korang Yang Mana?

post by Izuan

by Izuan

Sep 14, 2017
pada 7:51 AM

Favoritism di tempat kerja ni atau dalam bahasa glamournya adalah "anak emas bos" memang paling tak disukai oleh semua orang. Ianya memang membuatkan pekerja-pekerja lain naik muak dengan perangai bos dan dalam sesetengah kes, ianya adalah salah disisi undang-undang.

Apabila sesebuah company itu tawarkan kenaikkan pangkat atas dasar favoritism, memang ada peratusan yanng tinggi mereka telah memilih calon pekerja yang salah. Panas je pekerja lain tengok kan?

Favoritism?

Boleh jadi majikan jenis suka mendahulukan atau melebihkan pekerja lain dari segi tugas yang diagihkan. Seperti pekerja yang dia paling sayang akan dapat projek kerja besar serta kurang kerja berbanding orang lain. Boleh jadi juga pekerja kesayangan dia tak akan pernah dimarahi walaupun ada buat kesalahan. Majikan tutup sebelah mata je atas alasan dia anak buah kesayangan bos. 

Jom ketahui jenis-jenis favoritism

 

1.  Nepotism

Nepotism adalah satu praktis di mana sesuatu syarikat yang orang atasannya menggunakan kuasa dengan merekrut ahli keluarga untuk menyertai bisnes tanpa mengira kelayakan. Maksudnya mereka buatkan company itu macam bapak dia punya je. Calon lain yang turut memohon kerja yang mana jauh lebih layak tak berpeluang langsung atas dasar nepotism.

Nepotism diamalkan apabila ada pekerja yang terlebih ambil berat mengenai ahli keluarga. Untuk setiap kekosongan yang ada, mereka akan maklumkan kepada ahli keluarga untuk mohon dan senang je lepas sebab dia yang tukang rekrut pekerja baru. Tak payah nak interview susah-susah terus terpilih. 

 

2.  Kronism

Kronism ni bebeza daripada nepotism. Ianya adalah praktis di mana mereka mengambil kawan-kawan sebagai pekerja tanpa mengira kelulusan. Salah satu masalah utama dalam isu kronism ini adalah dimana mereka rasa berhak utnuk mendapatkan kenaikkan gaji atau dinaikkan pangkat kerana mereka kenal dengan orang atasan. Ianya boleh menimbulkan konflik kerja.

 

3.  Diskriminasi jantina

Ianya sama lah seperti diskriminasi terhadap pekerja. Sebagai contoh, ada satu kekosongan jawatan dan ada 2 pekerja yang bersaing untuk merebut jawatan tersebut. Antara pekerja wanita dan pekerja lelaki, di akhirnya pekerja lelaki yang berjaya mendapatkan pangkat tersebut. Bukan atas dasar kelayakan, tetapi kerana majikan lebih percaya kepada kredibiliti pekerja lelaki. Lelaki lebih maskulin serta bukan emosi tidak tentu arah berbanding wanita. Jika korang tidak dapat kenaikkan pangkat atas alasan diskriminasi jantina, ianya boleh dikategorikan sebagai sexual harrassment tau. Ianya adalah salah di sisi polisi kerja.

 

4.  Patronage

Patronage inilah yang mengekalkan nepotism serta kronism berleluasa. Bagaimana patronage ini bertindak? Seorang eksekutif tawakan seorang pekerja yang dia percayai untuk sesuatu jawatan dalam bidang pengurusan sumber dan kemudian meminta manager untuk ambil pula kawan-kawan serta ahli keluarganya untuk turut serta dalam syarikat tersebut. 

Jenis favoritism sebegini berpotensi untuk merebek ke keseluruh bahagian syarikat selama mana eksekutif membawa masuk pekerja baru yang dia minatkan dan bukannya atas dasar kelayakkan.

 

Bagaimana mahu tangani Favoritism?

 

1.  Analisa situasi yang berlaku

Apabila tiba waktu untuk berikan evaluation atau pandangan mengenai company, bersikap jujur dan beritahu apa perasaan korang mengenai favoritism yang berlaku. Berikan sebab sebab atau penerangan yang munasabah atas apa yang korag lalui. Sebagai contoh, jika majikan korang selalu berikan projek gah kepada pekerja kesayangannya, fikirkan kembali adalah ianya atas dasar favoritism atau sebab pekerja itu hebat dalam melakukan kerja? Maksudnya jangan terburu-buru beranggapan salah.

 

2.  Bincangkan masalah yang berlaku

Tak perlu nak pendam dalam hati dan balik kerja je stress makan aiskrim sorang-sorang. Masalah tak akan pernah selesai kalau begini jadi korang perlu cari cara untuk selesaikannya. Terus pergi berbincang dengan majikan jika korang 100% pasti yang majikan korang tu amalkan favoritism. Mulakan perbualan dengan mengatakan " Mungkin awak tak sedar, tetapi apabila awak benarkan Sarimah balik awal setiap hari, staff-staff lain akan rasa sedikti tidak selesa dan mempersoalkan mengapa hanya Sarimah yang dibenarkan?" 

 

3.  Adu terus pada HR

Kadang-kadang ada majikan yang suka praktiskan favoritism ini kerana mereka ada hubungan intim dengan pekerja tersebut. Ianya salah disisi peraturan syarikat yang diamalkan. Jika korang perasan perkara sebegini berlaku ianaya adalah satu sikap yanng tidak professioal dan perlu segera ambil tindakan. Adukan pada bahagian HR untuk selesaikan masalah yang dihadapi.

Pendaftaran terbuka sekarang! EKSPO MAUKERJA 2017 : Penang Edition yang bakal berlangsung 23 September 2017 (Sabtu) di CAT Wisma Yeap Chor Ee, Georgetown. Banyak aktiviti yang menarik menanti anda seperti:

> Melebihi 1,000 peluang pekerjaan terkini di sekitar Penang
> Temuduga On The Spot!
> Keputusan temuduga dalam 24 Jam
> Syarikat-syarikat besar turut menyertai!
> Banyak jenis pekerjaan : Full Time, Part Time, Internship, Freelance
> Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!

Menarik? Cepat dapatkan Ticket VVIP ke tempat temuduga >> Klik untuk dapatkan Ticket Masuk VVIP 

 

(Terhad kepada 9,000 pendaftar terawal sahaja!)

 

*PS: Ticket Masuk VVIP termasuk [1x Ticket Masuk Ekspo Maukerja] + [2x RM5.00 Grab Discount Coupon]*