Selain iPhone X, Ini Lagi harga 'Jual Organ' Klip Kertas Prada Yang Tak Masuk Akal
# Trending Semasa

Selain iPhone X, Ini Lagi harga 'Jual Organ' Klip Kertas Prada Yang Tak Masuk Akal

post by Izuan

by Izuan

Sep 16, 2017
pada 3:52 AM

Aduhai! Kalau setakat klip kertas tu, korang mesti main 'rembat' je dekat office kan, siap campak-campak lagi, sekadar buat kepilkan dokumen-dokumen yang tertentu. Itupun pakai lepastu buang dalam bakul sampah.

Nak beli sekotak kecil di kedai alat tulis yang harga tak sampai RM 5 pun rasa tak berbaloi. Apatah lagi kalau jenama Prada! Kita semua tahu kan yang jenama tersebut memang menjual produk pakaian yang elegan dengan harga yang mahal, tapi kalau klip kertas tu, macam..hmmm.. Harganya tu rasanya lepas dua bulan hutang kereta! Alahai!

PRADA Paperclip - Shaped Money Clip..Dijual Pada Harga USD 185 ( RM 795.32 )

Ukurannya cuma 6 cm sahaja! Jadi, dalam lingkungan RM 133.49 untuk setiap satu sentimeter. Korang sanggup beli ke? Ukurannya mungkin lebih panjang sedikit daripada klip kertas biasa. Kualitinya itu kurang pasti, tapi apa yang pasti adalah tujuan ia dicipta memang tak masuk akal!

Untuk Kepil Duit Kertas Yang Banyak..Tu Je!

Prada Paperclip-shaped Money Clip bukan dicipta untuk kepilkan kertas biasa, sebaliknya ia direka untuk menampung sejumlah wang tunai yang banyak. Hmm, tapi kalau orang banyak duit apa sangatlah 'klip duit' Prada ni kan? Orang marhaen macam kita ni cuma mampu ikat pakai getah tempe je.Itu pun kalau musim perayaan dan duit jumlah kecil-kecil je yang boleh tebal Sobs sobs

Dengan terpampang jenama 'Prada' di klip tersebut, oops! Prada Paperclip-shaped Money Clip namanya, pengguna bolehlah show off duit berkepuk yang dikepilkan dengan Prada Paperclip-shaped Money Clip tu. Maklumlah mereka jual jenama bukannya produk.

Apapun, kalau dah minat memang tak ada masalah kan? Sama macam kita beli jam, mahal ke murah fungsinya tetap sama nak tahu masa sahaja. 

 

Pendaftaran terbuka sekarang! EKSPO MAUKERJA 2017 : Penang Edition yang bakal berlangsung 23 September 2017 (Sabtu) di CAT Wisma Yeap Chor Ee, Georgetown. Banyak aktiviti yang menarik menanti anda seperti:

> Melebihi 1,000 peluang pekerjaan terkini di sekitar Penang
> Temuduga On The Spot!
> Keputusan temuduga dalam 24 Jam
> Syarikat-syarikat besar turut menyertai!
> Banyak jenis pekerjaan : Full Time, Part Time, Internship, Freelance
> Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!

Menarik? Cepat dapatkan Ticket VVIP ke tempat temuduga >> Klik untuk dapatkan Ticket Masuk VVIP 

 

(Terhad kepada 9,000 pendaftar terawal sahaja!)

 

*PS: Ticket Masuk VVIP termasuk [1x Ticket Masuk Ekspo Maukerja] + [2x RM5.00 Grab Discount Coupon]*