Kalau cakap pasal kerja gaji tinggi, mesti dah terbayang Kuala Lumpur. Sebab tulah ramai penduduk luar bandar yang sanggup berhijrah ke KL semata-mata untuk dapatkan gaji yang tinggi. Tapi kalau diberi pilihan, pasti ramai yang memilih untuk bekerja di luar bandar sebab kos kehidupan yang jauh lebih rendah dan menjimatkan. Betul tak?

