Kebanyakan sesi interview kerja akan membuka peluang kepada calon untuk bertanyakan sebarang soalan pada pengakhirannya. Itu sebenarnya antara peluang yang ramai calon telah mensia-siakannya. Mereka memilih untuk menjadi pasif, mungkin disebabkan terlalu kaku atau takut jika soalan yang diajukan itu merimaskan majikan.

