Mesti sakit hati bila kita nak tunggu notifikasi daripada seseorang yang kita tengah mesej, rupa-rupanya iklan yang entah apa-apa daripada syarikat telco ataupun bank, sampai naik rimas sebab penuh dengan sms itu sahaja.


by Izuan
Mesti sakit hati bila kita nak tunggu notifikasi daripada seseorang yang kita tengah mesej, rupa-rupanya iklan yang entah apa-apa daripada syarikat telco ataupun bank, sampai naik rimas sebab penuh dengan sms itu sahaja.
Jangan hubungi khidmat pelanggan nak marah-marah sebenarnya ada je cara mudah yang korang boleh buat untuk elakkan sms-sms iklan ini daripada terus menganggu korang. Ikt je step di bawah ni, biasanya sms-sms yang menjengkelkan ini selalu ganggu pengguna prepaid kan? Nah! Baca sampai habis!
Kalau korang pernah "Subscribe" mana-mana perkhidmatan yang akan kenakan cas untuk setiap sms dan tak tahu bagaimana nak hentikan perkhidmatan tersebut. Korang 'reply' sahaja dengan perkataan STOP. Ya lah, siapa sahaja yang tak sakit hati kalau kredit asyik ditarik untuk satu sms kan?
Ini yang kami maksudkan dengan iklan-iklan yang menjengkelkan korang. Hanya perlu 'reply' sms tersebut dengan perkataan "OUT". Jadi, korang akan terhindar daripada sebarang iklan-iklan yang merepek daripada syarikat telco ataupun bank.
Cara ini paling senang! Segala iklan dan langganan akan dapat dilupuskan terus! Senang hidup korang. Sebenarnya cara ini dah lama diamalkan, sejak zaman-zaman langgan ringtone dalam majalah lagi. Cuma pasti ada yang masih tak tahu.

Shortcode itu adalah nombor yang menghantar sms kepada korang, biasanya nombor-nombor ini mengandungi 5 ke 6 digit sahaja. Kalau korang dapat sms yang sama macam nombor telefon pengguna lain. Itu adalah 'scammer'!
Hati-hati, biasanya sms ini akan menawarkan iklan-iklan bodoh seperti video-video 3gp atau permainan judi yang akan menghakis jumlah kredit dan menambahkan jumlah bil bulanan anda. Tapi, korang tahu tak macam mana nak tahu angka 5 digit itu dari bank/telco/koporat? Meh sini kami berikan petunjuk.

(Biasanya kalau nombor yang bermula dengan angka 2, ia adalah nombor daripada pihak telco yang kita langgan. Contohnya, Maxis, Celcom, Digi, Umobile semua tu)

( Dimulakan dengan angka 3 itu biasanya untuk perkhidmatan premium misalnya, langganan perkhidmatan TV berbayar tu)

(Angka 6 pula, daripada perkara-perkara formal atau bank, contohnya kalau tunggakan bayaran kereta, nak dapatkan TAC, ataupun iklan-iklan kad kredit. Bagi korporat pula seperti KWSP. TM semua tu)