Setiap job-seeker pasti risaukan kelayakan mereka dalam memohon kerja kerana tidak semua kriteria-kriteria yang syarikat mahukan ada pada diri anda. Susah nak dapatkan kriteria yang padan 100% dengan kelayakan kita, begitu juga dengan majikan.


by Izuan
Setiap job-seeker pasti risaukan kelayakan mereka dalam memohon kerja kerana tidak semua kriteria-kriteria yang syarikat mahukan ada pada diri anda. Susah nak dapatkan kriteria yang padan 100% dengan kelayakan kita, begitu juga dengan majikan.
Tidak semua kriteria yang mereka mahukan ada pada calon-calon 100%, ya lah berbalik pada lumrah, tak semua manusia sempurna. Majikan yang profesional pasti akan bertimbang rasa dan menilai dengan cara yang betul.
Namun ada segelintir majikan yang bersikap 'pilih bulu' bukan kerana dia 'perfectionist' tapi masalah pada diri mereka sendiri. kadang-kadang bila anda eprgi temuduga semuanya berjalan lancar dan segala ujian dan kriteria memang padan. Tapi tak dapat! Masa inerview pun sikap mereka sangat menjengkelkan, nak tahu apa sebab dia reject anda?
Anda layak bila membaca kriteria yang dimahukan dalam iklan kerja, tiba-tiba dia tukar! Mula-mula kata nak seseorang yang berpengalaman 5 tahun, tiba-tiba dia tukar 10 tahun. Mungkin terjadi masalah dalaman, samada berlaku salah faham atas sebagainya. Pokoknya, majikan dah bagi harapan palsu kepada anda!
Penjelasan yang ditulis dalam resume calon membuatkan majikan tak faham, tanpa fikir panjang mereka terus reject hanya kerana satu ayat yang dia tak faham. Kadang-kadang bukan salah calon, tapi majikan yang mungkin tidak fasih dengan penggunaan bahasa yang tinggi.
Seorang yang memenuhi kriteria 100% yang dimahukan, berprestasi tinggi dan penuh berkarisma. Tapi majikan reject kerana risau calon yang bagus ini akan minta gaji tinggi, hanya melalui tanggapan sendiri majikan terus reject tanpa tanya sendiri calon 'expected salary'
Segala ciri-ciri yang dimahukan oleh syarikat anda layak, tapi majikan reject hanya kerana jantina calon, umur, rupa dan pelbagai aspek yang berdasarkan kemahuan peribadi majikan.
Seorang pekerja yang berlatar belakangkan akaun memohon kerja dalam bidang penulisan, tapi calon tersebut berkemahiran tinggi apabila potfolio menunjukkan bahawa dialah calon yang layak.
Ataupun calon yang berpengalaman bertahun-tahun dalam bidang penulisan ingin bekerja di syarikat lain dalam bidang yang sama kena reject hanya kerana calon merupakan graduan daripada kos yang tak kena dengan kerja.
Majikan lebih gemar memilih kawan, saudara atau ahli keluarga daripada calon lain yang jauh lebih layak daripada mereka. Ini selalu terjadi.
Mungkin calon itu merupakan seseorang yang mempunyai krisis dengan majikan. Contohnya, perbalahan keluarga, krisis sewaktu kolej, musuh ketat lama masa sekolah atau musuh kawan majikan.
Majikan tetapkan gaji dibawah piawaian yang sepatutnya, namun calon yang layak minta mengikut piawaian ataupun jumlah yang lebih sedikit dari apa yang ditetapkan. Pendek kata, kedekut nak bagi gaji lebih!