Suka Hati Tuduh Belia Pemalas, Gaji 'Murah' Punca Mereka Taknak Terima Kerja Tu Sebenarnya
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Suka Hati Tuduh Belia Pemalas, Gaji 'Murah' Punca Mereka Taknak Terima Kerja Tu Sebenarnya

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Sep 28, 2017
pada 8:34 AM

Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Hj Tawfiq Datuk Abu Bakar Titingan, mengeluarkan kenyataan bahawa golongan belia yang dikatakan pemalas itu adalah tidak benar sama sekali. Ramai sebenarnya belia yang sanggup dan sedang bekerja dalam pelbagai sektor. Siapa kata golongan belia ni pemalas?

"Golongan belia bukan pemalas, tetapi gaji tidak setimpal..."

Faktor yang menyebabkan ramai belia menganggur adalah disebabkan oleh gaji yang ditawarkan tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan.“Kelmarin saya dikunjungi oleh seorang belia lelaki yang bekerja sebagai buruh membina saluran paip, datang untuk meminta bantuan kerana gaji yang diberikan oleh majikan kepadanya hanya RM600 sebulan dan gaji itu tersebut di bawah paras kemiskinan tegar,” ini adalah perkongsian daripada Menteri Belia dan Sukan Sabah sendiri.

Bukan itu sahaja, belia bukannya tidak sanggup untuk bekerja dalam sektor 3D yang diperkatakan oleh orang lain. Sama juga faktornya iaitu gaji yang diberikan tidak setimpal langsung. “Sebagai contohnya dalam sektor cari gali minyak ramai golongan belia yang sanggup bekerja di sektor tersebut walaupun mempunyai risiko dan terpaksa berlumuran dengan minyak  kerana gaji yang diberikan adalah setimpal dengan kerja yang mereka lakukan,”

Berikan mereka gaji yang setimpal dengan usaha kelayakan dan dengan tugas yang dijalankan. Kecil hati apabila orang mengata yang golongan belia ni pemalas, kerana sebenarnya mereka rajin dan sanggup bekerja di tempat yang kotor walaupun dengan hanya gaji sekecil RM600 sebulan.

*Sumber: Sayang Sabah