Pengguna Microsoft Windows WAJIB Buat 4 Cara Ni Kalau Taknak Laptop Diserang Virus Dahsyat Ini
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Pengguna Microsoft Windows WAJIB Buat 4 Cara Ni Kalau Taknak Laptop Diserang Virus Dahsyat Ini

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Sep 28, 2017
pada 9:36 AM

Baru-baru ini serangan siber WannaCry telah mengerumuni para pengguna Microsoft Windows di seluruh dunia dan termasuklah di Malaysia. Mungkin masih ramai lagi yang masih buntu mengenai insiden ini, apa yang bahayanya terhadap pengguna dan apa kesannya jika kita diserang virus tersebut.

Jadi, disini merupakan info mengenai serangan virus WannaCry untuk fahaman anda semua dan kami akan jelaskan bagaimana untuk elakkan daripada agar anda tidak menjadi mangsa mereka:

Virus WannaCry

WannaCry adalah satu serangan program perisian tebusan (ransomware) yang telah merebak lebih daripada 100 buah negara. Ransomware ini adalah akan menyekat anda daripada mengakses fail atau dokumen-dokumen tertentu dan meminta pengguna membayar wang tebusan untuk mombolehan pengguna mengakses semula dokumen tersebut.

Jumlah bayaran yang dikenakan sebanyak USD 300 dalam masa tiga hari dan USD 600 dalam masa 7 hari. Namun, dikahabarkan salah seorang mangsa sudah membuat bayaran namun, virus ini masih tidak dilunaskan. Penggodam tetap menuntut bayaran yang banyak sampai mereka puas, hasilnya mereka lunaskan kesemuanya termasuk lah fail-fail yang ada dalam komputer tersebut.

Apa Kesannya?

Buat masa ini ia memfokuskan kepada pengguna komputer yang menggunakan Microsoft Windows. Ada kemungkinan telefon pintar akan terkena. Serangan ini telah dilancarkan secara besar-besaran pada 12 Mei 2017 ke seluruh dunia. Difahamkan, beberapa pengguna di Malaysia sudah dijangkiti virus tersebut.

Bayangkan kalau dalam folder itu ada hasil kerja penting, gambar-gambar peribadi semua bagaimana?

Langkah-Langkah Untuk Mengatasi Serangan Ini

1) Sentiasa 'Update' Microsoft Windows Anda

Seperti yang telah ditekankan tadi, WannaCry hanya akan menyerang pengguna Windows, namun pengguna Windows 8.1 keatas dijamin selamat, jadi kalau ada sesiapa yang masih lagi menggunakan Windows Vista, Windows Server 2008, Windows 7, Windows Server 2008 R2, Windows 8.1, Windows Server 2012, Windows 10, Windows Server 2012 R2 dan Windows Server 2016. , segeralah lakukannya. Pihak Microsoft telah memberikan arahan untuk kemaskini.

Namun, pasti yang masih lagi individu atau syarikat yang menggunakan Windows XP atau Windows 2003 yang dianggap tidak relevan dan tidak disokong lagi, akibat serangan ini Microsoft telah membuat tindakan luar biasa dimana pengguna platform lama ini juga dibenarkan untuk mengemas kini.

2) 'Back Up' Segala Fail Anda

Untuk keselamatan, back up semula fail-fail anda, buat salinan baru atau lakukan sendiri dengan step-step ini :

Step 1: Klik butang 'start'

Step 2: Pergi ke Control Panel, kemudian System and Maintenance, dan cari Backup and Restore.

Kalau boleh simpan juga salinan di dalam thumb drive atau external hard disk yang anda ada dan buang segala gambar-gambar peribadi atau butiran-butiran kerja di dalam lap top sebagai langkah keselamatan anda.

3) Sentiasa Buka Nati-Virus Anda

Kami yakin banyak software antivirus kini menyediakan protection untuk virus WannaCry ini. Sentiasa update dengan versi terbaru dan lakukan step -step ini: 

Step 1: Lakukan imbasan manual terhadap semua fail anda

Step 2: Jika terlihat MEM:Trojan.Win64.EquationDrug.gen, buang!

Step 3: Reboot semula komputer anda.

Step 4: Pastikan Antivirus sentiasa mengimbas komputer anda

4) Gunakan Ransomware Blocker

Untuk lebih selamat, pasang sahaja Ransomware Blocker dalam komputer anda, selain WannaCry, mungkin Ransomware lain yang akan datang takkan berjaya menceroboh komputer anda. Muat turunnya disini :

Sumber : Vulcanpost