6 'Solution' Terbaik Bagi Surirumah Yang Tak Bekerja Tapi Nak Selesaikan Hutang PTPTN Sampai Habis
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

6 'Solution' Terbaik Bagi Surirumah Yang Tak Bekerja Tapi Nak Selesaikan Hutang PTPTN Sampai Habis

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Sep 28, 2017
pada 10:18 AM

Siapa di sini yang menggunakan pinjaman PTPTN untuk membiayai kos pendidikan, memang korang patut baca artikel ini sehingga habis! Tambah-tambah lagi bagi mereka yang sudah berhenti kerja, kerana hutang PTPTN akan tetap berjalan. Hutang tetap hutang, jadi walau apa pun alasan, korang wajib bayar balik sehingga habis. 

Khas buat kaum wanita yang berhenti kerja dan memilih untuk menjadi surirumah selepas mendirikan rumah tangga, perkongsian ini amat membantu sekali. Jom kita lihat pesanan serta langkah bijak daripada Puan Nazurah Hassan yang dikongsi menerusi Majalah Labur.

 

" Sehingga hari ini, sudah hampir 5 tahun saya berhenti kerja"

Puan Nazurah Hassan, bekas penuntut bidang arkitek mengambil pinjaman full loan sebanyak RM35,000. Memang tamat je belajar terus dibebani hutang RM35K dan ini belum masuk lagi segala kos pentadbiran dan bunga.

Dijadikan cerita, selepas berkahwin Puan Nazurah berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Tiada pendapatan tetap dan hutang masih menimbun. Bagaimana mahu usahakan agar nama tidak kena blacklist? Ini apa yang dilakukan:

 

1. Kaji keadaan kewangan diri

Perlu tahu dahulu berapa lama masa boleh bayar habis loan PTPTN tanpa mengharapkan gaji suami? Tidak kira lah dengan buat bisnes baru ke, gunakan simpanan gaji dahulu ke, ihsan suami dan pelbagai cara lagi. Mesti kena kaji dahulu bagaimana mahu langsaikannya tanpa sumber pendapatan.

Selepas mengkaji, hanya mampu bayar untuk 1-2 bulan sahaja kerana keadaan kewangan yang bukannya banyak memandangkan baru bekerja. Simpanan lain pula sudah habis digunakan untuk perkahwinan. Alam perkahwinan yang baru tanpa bermewah sekalipun dengan berhijrah ke Sarawak berbekalkan luggage 20kg sahaja, perlu juga cari jalan untuk membayar hutang ini. 

 

2. Mohon penangguhan bayaran jika perlu

Lepas bayar 2-3 bulan, jumlah hutang masih sama sebabnya berhabis membayar dekat bunga dan kos pentadbiran. Walaupun sudah bayar mengikut jadual, sepatutnya masa ada duit dahulu kena bayar lebih sedikit barulah hutang berkurang. Penting buat korang untuk update akaun PTPTN ni selalu. oleh rujuk laman web PTPTN okay. 

Kalau nak minta penangguhan boleh, dan pernah tanya Pegawai PTPTN samada bunga dan kos pentadbiran dapat dibekukan atau tidak jika kita memohon penangguhan. Jawapannya adalah tidak. Jadi hutang masih akan tetap berjalan dan bertambah. Habis tu kenapa mahu minta penangguhan juga? Supaya tak ada lah kena blacklist sebab lama sangat tak bayar.

 

3. Strukturkan pinjaman korang semula

Selepasa berunding dengan Pegawai PTPTN, mereka mencadangkan agar strukturkan semula pinjaman dan tukar kepada Ujrah. Ujrah ni bagus sebab bayaran setiap bulan tetap dan tidak akan bertambah. Mereka juga akan membantu memaksimakan tempoh pinjaman untuk menetapkan bayaran yang sesuai dengan kemampuan. 

Nak mohon Ujrah ni tak susah mana, pergi ke Pejabat PTPTN dan mereka akan bagi Surat Tawaran Ujrah. Ada syarat iaitu perlu langsaikan sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah bayaran yang tertunggak. Jangan panik dulu.

 

4. Gunakan simpanan KWSP

Siap-siap beritahu pada pihak PTPTN yang memang tidak ada duit sebanyak itu untuk dibayar. Jadi mereka berikan cadangan untuk memohon pengeluaran KWSP Akaun 2. Untuk berbuat demikian, PTPTN akan berikan dokumen yang perlu dibawa ke Pejabat KWSP. Selepas itu, mereka akan masukkan terrus amaun pengeluaran KWSP tadi dalam Akaun PTPTN melalui sistem komputer. 

Bagi yang tidak mempunyai jumlah yang banyak dalam akaun 2 sendiri, KWSP benarkan korang gunakan KWSP Akaun 2 milik ibu bapa (dan ini tertakluk kat terma dan syarat yang ditetapkan). Tapi jangan ambik kesempatan pulak. Dah guna KWSP mereka, pastikan korang bayar balik tau.

 

5. Lakukan side-income

Selepas stuktur semula, cuma perlu buat bayaran RM200 sahaja sebulan. Walaupun nampak sedikit tetapi sebagai surirumah mana nak dapatkan duit RM200 setiap bulan? Surirumah otak mereka ini geliga untuk menjana duit. Macam-macam benda mereka boleh lakukan seperti buat online bisnes, jual cupcakes dan bermacam lagi. Jadi, sebagai seorang surirumah lakukan side-income untuk membayar balik hutang PTPTN.

 

6. Buat pembiayaan ASB

ASB ni, kita hanya perlu mempunyai modal simpanan sekurang-kurangnya untuk 1  tahun dengana nilai yang kita mampu. Selepas tempoh itu, kalau tak ada simpanan pun, boleh keluarkan dividen (rolling dividen) untuk meneruskan akaun persaraan sehinggalah habis tempoh ikatan perjanjian. Kalau malas nak teruskan boleh je terminate pembiayaan ASB dan dapatkan sedikit keuntungan.