"Kena Bagi RM 10 Untuk Satu Set Borang" - Ribuan Calon Rasa Tertipu Dengan 'Job Fair' Semalam
# Trending Semasa

"Kena Bagi RM 10 Untuk Satu Set Borang" - Ribuan Calon Rasa Tertipu Dengan 'Job Fair' Semalam

post by Izuan

by Izuan

Sep 29, 2017
pada 5:46 PM

Job fair adalah satu-satunya tempat pemburu kerja berharap agar pengangguran mereka berakhir, ribuan jawatan kosong disediakan, ada yang sanggup lari bidang jurusan asal demi mendapatkan pekerjaan. Namun harapan mereka punah begitu sahaja, apabila Job Fair yang mereka hadiri itu rupa-rupanya 'indah khabar dari rupa'.

Seperti yang kami pernah tekan kan sebelum ini, konsep "membayar" untuk dapat kerja dapatkan kerja takkan pernah wujud seperti mana yang telah terjadi pada ribuan calon yang 'tertipu' di sebuah Job Fair yang dijalankan di Alor Setar semalam. Isu ini hangat diperkatakan di laman sosial sejak semalam. 

Bila terbaca tentatif program yang dilalui oleh salah seorang calon yang bernama Ain Suraya ini, tertanya cara penganjur seolah-olah memberi harpaan palsu kepada si pemburu kerja. Difahamkan, ada yang kena beratur dibawah cuaca panas terik sampai 2 jam. Tergamaknya!

Dia Bagi Taklimat, Cakap Selangkah Kaki Kita Umpama Dah Selangkah Dapat Kerja..JOBFAIR Ni Tak Macam Job Fair Lain

Nak luahkan ketidakpuasan hati.. #TIPAHTERTIPU

Tadi g laa JOBFAIR.. Kat mana tu biarlah rahsia.. Fair tu start pukul 10 pagi.. Pukul 9.30 pagi, Su dah sampai.. Fair tu ada 4 station.. 10 minit pertama, dekat station first, dia bagi taklimat, cakap laa selangkah kaki kita masuk ke station 2 tu, kaki kita umpama dah selangkah dapat kerja.. Dia cakap JOBFAIR ni xmacam jobfair lain etc.. Dia cakap lagi, dekat dlm station 2 tu, ada panel² interview yg dah dilantik oleh company sekian² utk job match kerjaya yg sesuai dgn kita.. Sorang panel akan interview 5 org peserta..

"Dia Nak Bagi Borang Suruh Isi Form.. Sebelum Bagi Tu, Kena Bagi RM 10 Untuk Satu Set Borang"

OK, after habis taklimat tu, melangkah laa masuk ke station 2.. Pilih punya pilih tempat kosong, Su duduk laa kat satu meja tu.. Interviewer dia lelaki.. Semua interviewer muda² lak tu, pakai kemeja putih.. OK masa dihabiskan kat station 2 ni dalam masa 10 minit.. First question dia tanya, suka kerja berkumpulan ke berseorangan and give reason.. Kelima² org dia tanya soalan yg sama.. OK, i thought he would give suggestion on what company i should apply after that.. But no, dia nak bagi borang suruh isi form.. Sebelum bagi borang tu, kena bagi RM 10 utk satu set borang.. Borang tu kononnya akan di pos kepada company yg match dgn kita.. Su berat hati nak bayar.​

"Dia Cakap Minimum Borang Kena Amik 5 Borang.. So Total Kena Bayar RM 50"

Sebelum dapat borang tu kena bayar dulu OK.. Dia cakap minimum borang kena amik 5 borang.. So total kena bayar RM 50.. Su mmg berat hati OK.. Su cakap kat dia nak amik 3 borang ja.. Yg org sebelah Su cakap nak amik 2 borang ja sbb dia xbawak cash banyak.. Dia suruh org kat sebelah Su p withdraw duit kat ATM.. Yg lain mmg bayar RM 50 laa.. Orang lain dah setel, tinggal Su sorang² kat meja tu dgn org tu.. Dia tanya laa Su xmenyesal ke amik 3 borang je.. Awat x amik 5 borang, peluang lebih cerah.. 3 borang kurang sikit dia punya peluang.. Rezeki xdatang bergolek.. Bila Su kata esok Su mai lain sbb rumah Su dekat ja.. Dia boleh kata peluang hanya datang sekali.. Macam² cara dia persuade Su suruh amik 5 borang.. Luckily Su ni sorang yg berpegang teguh pada pendirian.. When I said no means no.. Muka xmanis dah orang tu masa ni.. Last sekali amik laa jugak 3 borang..

"Again Dia Bagi Taklimat.. Taklimat Ni Pasal Seminar Pulak...Kena Bayar RM 50"

"Then melangkah ke station 3, again dia bagi taklimat.. Taklimat ni pasal seminar plak.. Seminar kena bayar RM 50 plak.. Terhad 1000 org pertama.. Nak nangis kat kat situ.. Nasib baik dia tanya sapa xmau p teruih p station 4.. Laju ja Su angkat tangan.. Menonong masuk station 4.. First, ada orang insurans approach Su.. Su ni kan jenis mendengar masalah orang.. Su tadah je telinga pastu dia cakap mai IV nnti.. Secondly, CIMB approach cakap nnti dia pggil IV.."

"Lepas Tu Dewan Tu, Banyak Produk Kecantikan Buka Booth Nak Amik Dropship Dengan Agent​"

"Lepas tu dlm dewan tu, banyak produk kecantikan bukak booth nak amik dropship dengan agent.. Mmg xkena laa dengan Su.. Dah puas meronda satu dewan.. Ada nampak satu booth utk submit form yg kena bayar RM 10 utk satu form tadi.. Su pun nak submit laa form tu walaupun entah apa² job suggestion pun dia xbagi tadi kat Su.. Masa tengah beratur, Su tengok orang duk mintak duit kat secretariat dia.. Su pun apalagi menonong ja p kat sorang peserta tu, tanya dia awat minta duit.. Tetiba plak iolss dari tak banyak cakap tetiba jadi ramah mesra dgn orang lain yg berlainan jantina..​"

"Rasa Tertipu Sebab Sebab Tak Berkenan Pun Skop Kerja Dengan Bidang Diaorang"

"Dorang cakap rasa tertipu sbb xberkenaan pun skop kerja dgn bidang dorang.. Ye laa mostly bukak booth kat situ, bank yg ada promote insurans, produk kecantikan nk amik dropship, agent.. Mmg xde kena mengena laa.. Su pun rasa nak minta duit gak.. Masa nak amik duit balik tu, ada sorang tu kena marah dgn secretariat kat situ.. Dia cakap "Huh, membazir kertas je"..

Hello, lain kali tulis jawatan kosong apa yg ada, borang cakap free tapi hakikatnya kena bayar sebelum dapat and mmg laa pendaftaran free tapi duk dalam station 2 macam paksarela suruh orang beli borang.. Dia cakap x amik untung pun, bayar duit poslaju je, guna ayat paksarela.. Tangan ke bahu, mata ke atas"

Antara Pengunjung Lain Yang Rasa Tertipu

Foto Sekitar 'Job Fair' Berlangsung

Difahamkan Ada Yang Beratur Sampai 2 Jam!

 

Siap Bagi Skrip Interview Lagi!