4 Cara Untuk Kenalpasti Samada Career Fair Itu Benar-Benar 'Valid' Atau Tak
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview # Trending Semasa

4 Cara Untuk Kenalpasti Samada Career Fair Itu Benar-Benar 'Valid' Atau Tak

post by Izuan

by Izuan

Sep 30, 2017
pada 4:12 AM

Berdasarkan apa yang telah terjadi dengan isu career fair baru-baru ini, ia pastinya akan menimbulkan rasa fobia kepada para pemburu kerja. Ia sekaligus membuka mata kita agar mengambil langkah berhati-hati jika ingin menghadirkan diri ke career fair yang lain.

Sehubungan itu, aspek-aspek ini perlu diperhatikan jika anda terdengar berita career fair bakal berlangsung di tempat anda. Jadi, kami berbesar hati ingin kongsikan tindakan yang perlu akan lakukan bagi mengelakkan rasa curiga dan mengetahui kesasihan penganjur tesebut. 

1. Tiada Kenakan Bayaran Untuk Dapat Kerja!

Anda kerja untuk dapat duit, bukan kerja untuk keluar duit. Kami banyak perkongsian kisah-kisah calon ditipu dimana perlu membayar pendahuluan sebaygai 'yuran' untuk kerja. Ia memang mustahil! Lebih-lebih lagi di career fair.

Kita takkan dapat hidu pada iklan mereka, tapi jika anda sudah menjejakkan kaki si sesebuah job fair tersebut dan mengenakan cas untuk borang, segeralah tinggalkan tenmpat tersebut, melepaskan 'peluang' yang disediakan kadang-kadang lebih baik daripada harapan musnah!

Biasanya, calon-calon akan dikenakan cas jika ingin mencetak salinan resume, dokumen atau sijil di segelintir career fair. Yuran hanya untuk INTERVIEW? Tidak sama sekali!

2. Semak Laman FB 'Verified' Atau Tidak

Buat kaji selidik mengenai penganjur, salah satu cara dengan melihat laman Facebook mereka. Jika terdapat tanda biru disebelah nama, ia bermakna penganjur itu sahih! Namun  begitu, cara ini sebenarnya tidaklah betul-betul berkesan, ada sahaja laman yang baru ditubuhkan yang memag sahih, mungkin ia baru ditubuhkan.

Cuma cara ini salah satu untuk kenal pasti jika rasa was-was. Jangan nilai pada aspek ini sahaja, perlhalusi dari sudut ini pula.

3. Cara Pengiklanan

Lihat cara merek iklankan, kalau ada ayat atau terma-terma yang mencurigakan, lebih baik jangan pergi. Kalau masih lagi kurang jelas, pergi ke career fair tersebut, dan lihat senarai jawatan. Jika senarai syarikat dan kerja yang disediakan tidak menepati seperti mana yang anda lihat di dalam iklan, pergi sahaja dari situ. 

Selain itu, ikut sahaja aliran program mereka, jika aspek no. 1 terjadi. Sah! Ianya hanyalah tipu. Career Fair juga memanglah satu perniagaan, namun itu adalah urusan antara penganjur dan majikan. Calon-calon sama sekali tidak akan terlibat dengan sebarang 'perniagaan' mereka.

Tambahan pula, anda boleh lihat dengan mata kasar jika Career Fair tersebut lari dengan konsep sepatutnya, sah-sah ianya merepek. Memang mustahil apabila menjanjikan ribuan jawatan kosong tapi bila pergi hanya sedikit bahkan tiada kelibat wakil syarikat yang diwar-warkan itu. Siap ada berniaga lagi.

4.  Hubungi Syarikat/Majikan Yang Terlibat

Sudah semestinya salah satu agenda setiap penganjur event akan memberitahu kepada umum semua syarikat yang akan terlibat bersama mereka dengan meletakkan logo-logo syarikat tersebut di pengiklanan mereka.

Jadi, salah satu cara untuk mengenalpasti ianya benar-benar 'valid' ataupun tidak, hubungi syarikat yang terlibat di dalam Career Fair tersebut untuk mendapatkan maklumat yang sahih. Kalau boleh hubungi sebanyak mana (sekurang-kurannya 3 hingga 5 syarikat) berkenaan dengan Career Fair ini.

Ia bertujuan agar para pmburu kerja tidak akan rasa ditindas oleh pihak penganjur. Siapa lah yang tak terkilan kalau dah buat persediaan rapi dengan harapan nak dapat kerja tapi akhirnya ditipu kan?