Pakar Resume Ni Bagitahu Jumlah Muka Surat Sebenar Yang Perlu Ada Bagi Sesebuah Resume
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Pakar Resume Ni Bagitahu Jumlah Muka Surat Sebenar Yang Perlu Ada Bagi Sesebuah Resume

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Oct 1, 2017
pada 2:50 AM

Bagi sesiapa yang sedang memohon kerja, pasti familiar dengan resume. Resume adalah dokumen bertulis yang mengandungi maklumat peribadi, pendidikan, kelayakan profesional dan pengalaman kerja. 

Maklumat itu ialah komunikasi bertulis yang berfungsi sebagai dokumen pengenalan diri anda kepada bakal majikan dan memandangkan mereka tidak mengenali anda, resume berperanan memberi gambaran mengenai diri anda. Sebenarnya, resume bukanlah alat komunikasi untuk mendapat pekerjaan sebaliknya bertujuan untuk dipanggil ke sesi temuduga.

Ada pelbagai jenis format resume yang boleh dijadikan rujukan di internet. Tetapi adakah kesemua info perlu diletakkan di dalam resume? Takpe ke kalau hantar resume panjang-panjang lebih daripada satu muka surat? Recruiter betul-betul baca ke?

Bagi menjawab segala permasalahan ni, pakar resume yang dikenali sebagai Robynn Storey dedahkan maklumat terperinci tentang jumlah muka surat yang relevan bagi sesebuah resume berlainan pangkat.

 

 

  • Young Professional with less than 5 years of work experience - 1 Page
  • Mid-Level Professional with 5 to 10 years experience - 1 to 2 Pages 
  • Senior Professional with over 10 years experience - 2 Pages
  • Federal Resumes - at every level - 3 to 5
  • Pages CV's for Mid-Level Professionals - 2 to 4 Pages
  • CV's for Senior-Level Professionals (PhD's, Professors, etc) - 3 to 5 Pages
  • Senior Executives with over 25 years of experience - 2 to 3 Pages

 

Tapi ada juga recruiter berpendapat yang jumlah muka surat resume tak sepatutnya dihadkan memandangkan itu merupakan medium untuk calon tonjolkan dirinya kepada mereka. Namun, cuba kita letakkan diri kita di tempat recruiter pula. Bayangkan sehari mereka kena mengadap beratus-ratus resume yang datang, dan satu resume sampai berpuluh-puluh muka surat, bukankah itu akan memakan masa yang lama? Jadi sememangnya wajar bagi recruiter untuk menetapkan jumlah muka surat bagi sesebuah resume.