Akibat Kecuaian Tersilap 'Bank In' RM780 juta, Lelaki Ini Tak Semena-Mena Jadi Jutawan Segera!
# Trending Semasa

Akibat Kecuaian Tersilap 'Bank In' RM780 juta, Lelaki Ini Tak Semena-Mena Jadi Jutawan Segera!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Oct 9, 2017
pada 2:16 AM

Apa korang akan buat kalau secara tidak sengaja melakukan kesilapan sewaktu kerja? Kalau silap kecil mungkin bos boleh tutup mata sebelah, tetapi bagaimana jika ianya kesilapan besar? Seorang kakitangan bank di Hunan, China secara tidak sengaja telah melakukan kesilapan yang bernilai RM780 juta!

Atas kecuaian pihak bank, nombor akaun milik seorang lelaki yang bernama Liu iaitu 1212405360 secara tidak sengaja telah dimasukkan sebanyak 1,212,405,360 Yuan yang bernilai RM780 juta! 

 

Jutawan ekspres untuk 3 jam sahaja

 

Apa perasaan korang kalau secara tiba-tiba sahaja dalam akaun bank ada RM780 juta? Jadi Jutawan Ekspres, siapa je yang tolak kan? Ini lah yang dirasai oleh seorang lelaki di Hunan, China apa mendapat RM780 juta dalam akaun miliknya, seakan duit runtuh! 

Lelaki yang bernama Liu tiba-tiba sahaja menerima SMS dari pihak bank menyatakan wang sebanyak 1,212,405,360 Yuan telah selamat dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya. Oleh kerana ragu-ragu, Liu telah pergi semula ke bank untuk bertanyakan. 

Walaupun untuk 3 jam sahaja, merasa lah juga Liu untuk menjadi Jutawan. Pihak bank pun memberikan saguhati bernilai 200 Yuan. Kesalahan sebegini memang besar kot. Buatnya kalau penerima tidak mahu mengaku, habis lesap duit tu. Pihak bank beruntung lah kerana Liu seorang yang jujur dan amanah. 

*Sumber: Sinar Harian