Wah, beruntunglah siapa yang kerja sebagai kakitangan awam ni! Dengar cerita gaji mereka akan dikreditkan esok bersempena dengan perayaan Deepavali nanti.


by Haziqah Muhamad
Wah, beruntunglah siapa yang kerja sebagai kakitangan awam ni! Dengar cerita gaji mereka akan dikreditkan esok bersempena dengan perayaan Deepavali nanti.
Tapi ramai jugak yang merungut memandangkan lagi 43 hari barulah mereka akan terima gaji yang seterusnya. 43 hari bukan satu jangka masa yang sekejap sebenarnya. Bagi yang tahu menguruskan kewangan, mungkin isu ni takkan timbul.
Tapi bagaimana pula untuk yang tak tahu nak uruskan kewangan tu? Nak tunggu 43 hari memang lama tu!
Jom ikut tips yang dikongsikan oleh lelaki yang sering tweet mengenai financial consultant di akaun twitternya, @faizwahab tentang cara untuk merancang budget bulanan. Sesuai untuk diaplikasikan untuk korang yang bakal terima gaji awal esok.
1. Ada yang sesuai budget
2. Ada yang sesuai budget
3. Apa pun mazhab yang korang pilih, pastikan sesuai dengan diri korang. A tak semestinya sesuai dengan B. Lain orang lain keperluan.
4. Lepas dah pilih budget yang korang yakin boleh commit, then execute budget macam mana yang korang dah plan.
5. Dalam budget, ada 3 peringkat:
6. Bila dah plan, stick dengan plan tu untuk sebulan. Hujung bulan, evaluate balik sejauh mana kejayaan korang.
7. Sepatutnya, dah hujung bulan macam ni, dah kena start untuk evaluate prestasi kewangan korang, boleh capai KPI ke tidak.
8. For me, untuk evaluate ada beberapa benda yang perlu take note:
9. Duit bocor ni adalah duit yang overspend berbanding budget tapi kita tahu duit tu dihabiskan untuk apa.
Contohnya budget RM 200 untuk hiburan, tapi bocor sebab terlebih belanja jadi RM300 sebab terlebih tengok wayang dan kafe hipster.
10. Duit bocor ni dapat dikesan ke mana perginya duit tu. So next month boleh baiki supaya tak terlebih spend daripada budget. Ataupun boleh hukum diri dengan cut budget untuk next month.
Contohnya terlebih belanja RM100 untuk hiburan, budget next month cut RM100.
11. Yang paling penting, kena kira duit yang hilang. Duit hilang ni kita tak tahu ke mana duit tu dihabiskan. Duit hilang ni bahaya berbanding duit bocor sebab kita tak dapat kesan ke mana duit tu pergi.
12. Kalau boleh setiap bulan korang kena kurangkan duit hilang. Bila duit hilang dah kurang, barulah senang nak cut duit yang bocor. Semakin banyak duit hilang, semakin gagal korang menguruskan kewangan.
13. So sambil sambil tunggu nak tidur ni, apa kata ambil sedikit masa nak track down berapa duit bocor, berapa duit hilang. Kalau korang check banyak duit bocor dan hilang, next month baiki supaya duit bocor dan hilang tu tak banyak macam bulan ni. Kalau next month dapat kurangkan duit bocor dan hilang, maksudnya korang dah selangkah ke arah menuju kepada financial freedom.
14. Nak baiki prestasi kewangan ni bukan ambil masa sehari. Ada orang setahun oun belum tentu dapat baiki. Yang penting jangan mengalah.
15. Bro, budget aku setiap bulan mesti lari. "Tu la kau, gaji masuk terus bajet macam orang kaya beli semua benda."