Bawa Kerja Sampai Ke Wad, Sikap Guru Ini Patut Dicontohi


by Haziqah Muhamad
Bawa Kerja Sampai Ke Wad, Sikap Guru Ini Patut Dicontohi
Walaupun hari guru sudah 10 hari berlalu, itu tak bermakna bahawa kita harus lupakan jasa mereka selepas hari tersebut. Ada yang sanggup mengorbankan waktu terluangnya demi mendidik dan menjalankan tugas dengan baik.
Mereka sentiasa komited dalam menjalankan tugas bagi memastikan berjalan lancar. Apa yang membuatkan kami lebih terharu adalah, seorang guru ini sanggup menyiapkan tugasannya walaupun terlantar di hospital. Melihat gambarnya sedang menanda buku dengan berpakaian pesakit wad cukup membuatkan kami sebak dan hampir menitiskan air mata.
Malah, rasa terharu juga turut dirasai dengan perngorbanan yang dilakukan. Sikapnya ini buat kan kami betul-betul menghargai jasa dan pengorbanannya, hanya Tuhan sahaja yang boleh membalas jasanya.

Ziarah Ibu Mertua di Hospital Besar Ipoh, disebelah katilnya melihat seorang guru tekun dengan menanda kertas jawapan pelajar. Sempat bertanya khabar, beliau beritahu kertas jawapan itu terpaksa dihantar esok. Bila ditanya tiada guru yang lain mengajar subjek sama, beliau berkata beliau seorang saja mengajar kerana subjek Bahasa Tamil.

Saya dan Isteri keluar dari wad dalam pukul 11.30 pm beliau masih lagi menanda kertas jawapan tersebut. Itulah pengorbanan seorang guru ibarat lilin menerangi kehidupan pelajar. Siapalah kita untuk merendahkan pengorbanan seorang guru.