Tak Payah Pergi Kaunter, Muat Turun Je Aplikasi Ni Kalau Nak Buat Aduan
# Trending Semasa

Tak Payah Pergi Kaunter, Muat Turun Je Aplikasi Ni Kalau Nak Buat Aduan

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Oct 11, 2017
pada 1:49 AM

Kalau dulu, proses membuat aduan memang agak sukar. Kadang tu mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Bagi mengatasi masalah ini, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperkenalkan aplikasi iKepoh yang membolehkan pengguna membuat aduan menggunakan telefon pintar tanpa perlu hadir ke kaunter.

 

Fungsi iKepoh:

(1) Membenarkan penghantaran aduan bergambar beserta lokasi secara Mobile

(2) Memberi maklumbalas kepada pengadu dengan lebih responsif

(3) Memantau statistik aduan oleh PBT atau JKT melalui dashboard yang disediakan dengan lebih efisien

Aplikasi ini menyediakan saluran aduan yang mesra pengguna dan pengurusan aduan yang lebih berkesan melalui satu sumber sistem yang sama dan mudah dicapai. Jadi kepada semua netizen, jom bersama admin download app IKepoh secara PERCUMA, ambil gambar dan aduan dihantar terus kepada PBT.

Tak tahu nak download macam mana? https://ikepoh.kpkt.gov.my/  Klik saja pautan yang diberi. Terus akan nampak manual download. Senang kan?

Gambar ini mungkin boleh bantu anda fahami.