Bawa Hal Kerja Masuk FB, Ini 8 Kes Sebenar Pekerja Dipecat Serta Merta Akibat Status FB!
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Bawa Hal Kerja Masuk FB, Ini 8 Kes Sebenar Pekerja Dipecat Serta Merta Akibat Status FB!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Oct 12, 2017
pada 1:03 AM

Memanglah kita ada hak untuk menyuarakan pendapat di laman sosial kerana ianya hak peribadi kita, tapi kena ingat bahawa segala perkara yang kita muat naik di laman sosial itu diperhatikan oleh ramai orang.

Zaman sekarang banyak urusan dilakukan hanya melalui laman sosial termasuklah proses iklan dan pengambilan pekerja, malah kita boleh mencari kerja. Itu dari sudut positif, namun dari sudut negatifnya pula segala gerak geri diperhatikan. Darisitulah orang mula kenali siapa diri kita sebenar.

Hati-hati dalam meluahkan kata-kata di laman sosial, kalau 'tersilap langkah' buruk padahnya. Contohnya macam kes-kes ini , mereka di pecat kerana berkongsikan perihal kerja di Facebook.

1. Waitress Naik Angin, Kutuk Pelanggan

(Gambar Hiasan)

Seorang gadis dari Carolina Utara, Ashley Johson (22) kutuk dua orang pelanggan di Facebook yang menyukarkan kerjanya. Dia juga turut menunjukkan nama di restoran tempat dia bekerja. Dia kemudiannya dipecat kerana meelanggar peraturan mencaci pelanggan.

2. Ahli Juri Mahkamah Minta Pendapat Mengenai Kes Untuk Buat keputusan Di Facebook

Seorang wanita yang ditugaskan sebagai juri mahkamah telah memuat naik status mengenai kes yang dikenadalikannya secara terperinci. Minta pendapat orang lain dan menulis "Saya tak tahu nak pilih yang mana, jadi saya ikut majoriti pendapat anda semua".

Dia yang masih dalam tempoh percubaan untuk menjadi juri dibuang serta merta

3. Malas Masuk Pejabat Kononnya Migrain, Terus Kena Pecat Sebab 'Kantoi' Main Facebook

(Sekadar Gambar Hiasan)

Seorang wanita di Switzerland mengadu bahawa di sedang migrain, dan perlu bekerja di tempat yang gelap dan jauh monitor komputer. Namun, apabila aktiviti Facebooknya aktif. Dia terus dipecat!

4. Guru Dipecat Kerana Berkata "the most ghetto school in Charlotte"

(Sekadar Gambar Hiasan)

Seorang guru diarahkan untuk berhenti kerja kerana tidak menjaga sensitiviti dan  telah membangkitkan isu perkauman melalui laman Facebooknya. Di bahagian "About Me" dia menulis " I am teaching in the most ghetto school in Charlotte"

5. Pengawal Diraja Ini Kutuk Kate Middleton Di Facebook

“Hur and william drove past me on Friday n all a got was a shitty wave while she looked the opposite way from me, stupid stuck up cow am I not good enough for them! posh bitch am totally with u on this 1 who reely gives a f about hur,”

Agak-agak lepastu apa yang jadi? Faham-fahamlah kan...

6. Cikgu Komen Gambar Murid

Seorang guru yang bernama Chadwin Reynolds dipecat kerana menimbualkan keraguan terhadap muridnya apabila dia komen gambar murid dan berkata "This is sexy".

7. Diarahkan Berhenti Kerja Kerana Gambar Ini

Hanya kerana gambar memegang alkohol, pihak sekolah mengarahkan guru ini untuk berhenti kerja. Biasalah ada segelintir kerjaya kita ini perlu diterapkan dalam hidup. Contohnya macam guru, kalau macam ni korang rasa masih lagi kena anggap "hidup peribadi lain, kerja lain"?

8. Ini Yang Selalu Terjadi Kenapa Ramai Kena Pecat!

Terang-terang kutuk boss, kutuk kerja tapi kantoi. Lupa yang boss ada dalam friend list. Lain kali private kan lah page tu. Hihi!