Dia tidak seperti budak lelaki lain, asyik bermain permainan video sempanjang hari, hinggalah ibunya ada satu jalan untuk buang tabiat buruknya, dan lelaki tersebut tertarik dengan hadiah yang diberikan oleh ibunya.


by Izuan
Dia tidak seperti budak lelaki lain, asyik bermain permainan video sempanjang hari, hinggalah ibunya ada satu jalan untuk buang tabiat buruknya, dan lelaki tersebut tertarik dengan hadiah yang diberikan oleh ibunya.
Dalam filem pendek, yang berdasarkan komik buku oleh seorang artis Brazil bernama Fabio Coala Cavalcanti, budak lelaki yang teruja itu membuka hadiah tersebut untuk mencari anjing kecil di dalamnya. Walau bagaimanapun, kegembiraannya itu meluap apabila dia menyedari anjing itu hanya mempunyai tiga kaki.
Tak gembira dengan apa yang diterima, dia lempar anak anjing tersebut dan sambung bermain permain video, pada awalnya ia memang mempunyai sentimen negatif, namun pasti anda akan faham apabila menonton pengakhiran video ini
( Sumber Video )
Filem pendek animasi "The Present," telah dicipta oleh Jacob Frey dan Markus Kranzler pada tahun 2014 sebagai projek sewaktu belajar di Filmakademie Baden-Wuerttemberg di Ludwigsburg, Jerman. Ia memenangi lebih kurang 59 anugerah antarabangsa di Kanada, A.S., Itali, Portugal, Korea Selatan, dan banyak lagi.
Malah, Frey telah dierima bekerja di Walt Disney Animation Studios dan Kranzler di Pixar Animation Studios di sini di Bay Area. Bedasarkan pencapaian tersebut, ternyanta KEMAHIRAN adalah kunci utama untuk mengukur nilai diri dalam industri.
