Selain Di Office, Para Suami Di China Turut Kena 'Punch Card' Di Rumah Kalau Taknak Didenda Isteri
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Selain Di Office, Para Suami Di China Turut Kena 'Punch Card' Di Rumah Kalau Taknak Didenda Isteri

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Oct 14, 2017
pada 4:15 AM

Negara China tak sah kalau tidak muncul dengan 'kelainannya', ada sahaja perkara yang dilakukan yang mampu menarik perhatian netizen diseluruh dunia. Difahamkan, segelintir isteri di negara tersebut akan menghubungi suami setiap jam untuk 'check' mereka.

Disebabkan itu, si isteri ini cuba melakukan sedikit 'kelainan' dengan memasang mesin 'punch card' di rumah. Ia bagi memastikan bahawa suaminya akan tiba sebelum pukul 9 malam. Kalau tidak si suami ini akan didenda!

Kalau Lambat 30 Minit, Akan Didenda Bayaran 100 Yuan (RM62), Kalau Lebih Buat Kerja-Kerja Rumah Seharian Pada Hujung Minggu

Difahamkan, si isteri tu terpaksa mengamalkan sistem pelik ini kerana suaminya yang bekerja di sebuah syarikat internet sentiasa bekerja lebih masa sampai jauh malam. Kononya bila dah buat mesin 'punch card' ini, suami mesti kena balik sebelum pukul 9 malam!

Kalau suami balik awal dan makan malam dengan isterinya, dia akan dikecualikan daripada membasuh pinggan. Tapi kalau lambat sampai 30 minit, dia akan didenda RM 62, dendaan itu akan bertambah berat jika balik rumah lebih daripada 30 minit, dimana si suami tu harus membuat kerja-kerja rumah seharian pada hujung minggu!

"Kalau Sistem Punch Card Ini Menjadi Di Pejabat, Mesti Ia Juga Berkesan Diamalkan Pada Waktu Luar Kerja Juga" - Isteri

Tambah si isteri itu lagi, kehidupan perkahwinan mereka semakin bertambah baik selapas mengamal kan sistem ini dirumah. Hmm, kata isterinyalah kalau si suami tu pula maca mana? Huhu!

Alahaii, tekanan kerja dengan dateline itu satu, di rumah pun ada peraturan macam di pejabat pula? Tapi, niat si isteri itu mungkin mahu suaminya mengamalkan cara work-life balance cuma tak rasa ke macam melampau?​ 

Sumber : Worldofbuzz