Sekarang Job Seeker Boleh Set Masa Hantar Resume & Check Majikan Dah Baca Email Korang Ke Belum Guna 2 Cara Ni!
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Sekarang Job Seeker Boleh Set Masa Hantar Resume & Check Majikan Dah Baca Email Korang Ke Belum Guna 2 Cara Ni!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Oct 15, 2017
pada 3:10 AM

Kalau dulu, kena bangun awal pagi untuk mohon kerja ataupun kena duduk berteleku depan laptop semata-mata nak tekan butang klik untuk emailkan resume kepada majikan. Nak hantar resume bukan boleh sembarangan hantar ikut sesuka hati je. Kena ikut timing yang betul jugak.

Haa, meh kami nak kongsikan dengan korang bukan satu tetapi DUA kaedah mudah untuk hantar resume dan pastikan majikan baca resume korang tu. Eh, boleh ke? Memang boleh! 

Maklumlah, kalau dah nama pun menganggur, bangun pun mesti tengahari kan? Selalu je terlajak tidur dan menyebabkan korang terlepas nak emailkan resume permohonan kerja kepada majikan pada waktu pagi. Lepas ni, korang setkan je waktu bila korang nak emailkan resume tu dengan menggunakan Boomerang For Gmail!

Klikkan pada butang 'Send Later' dan setkan masa yang ingin dihantar kepada majikan tertentu.

Bila dah send, macamana nak tahu sama ada majikan tu dah baca ke belum resume korang tu ye? Haa, sebab tulah korang kena guna Mailtrack! 

Mailtrack ni ala-ala whatsapp lah jugak. Kalau whatsapp kita ada bluetick, tapi untuk mailtrack ni kita guna greentick. Memang memudahkan kerja kita sebab senang nak tahu sama ada majikan dah review resume kita ke belum. Kalau belum, bolehlah korang call dan follow up dengan mereka. Mungkin mereka terlepas pandang sebab terlalu sibuk. Memang betul-betul berguna!

Jadi untuk yang sedang mencari kerja tu, pastikan korang guna kedua-dua kaedah ni tau!