Peguam Jelaskan Hak Yang Kita Boleh Tuntut Kalau Dimalukan Dalam Group Whatsapp


by Izuan
Peguam Jelaskan Hak Yang Kita Boleh Tuntut Kalau Dimalukan Dalam Group Whatsapp
Dalam banyak-banyak group WhatsApp yang kita ada, pasti akan ada yang suka kongsikan isu semasa atau perihal seseorang sebagai topik perbualan kan? Namun, kita tak tahu kesahihannya, malah ada kemungkinan diri kita yang jadi topik perbualan mereka. Tak kiralah group untuk gossip mengenai rakan sekerja, rakan karib, atau jiran tetangga.
Jika perkara tersebut disebarkan berkenaan dengan perkara-perkara negatif dan tidak benar, itu bermakna bahawa diri kita telah difitnah. Jika berita negatif/palsu tersebut sampai ke tangan kita, jangan biarkan perkara itu berlarutan, sebenarnya ada cara untuk kita tuntut hak jika diaibkan di alam maya ini.
Bagaimana? Ikuti penjelasan daripada peguam Nor Zabetha ini.
.jpg)
Soalan Pembaca:
Saya telah dimalukan dan difitnah dalam group whatsapp.
Apakah tindakan yang boleh saya ambil?

Jawapan:
Di Malaysia, terdapat tindakan undang-undang bagi kes-kes menyebarkan dan menyampaikan fitnah atau menyebarkan dan menyampaikan perkara yang memalukan. Perbuatan ini di panggil ‘defamation’ (defamasi).
‘Menyebarkan’ dan ‘menyampaikan’ merujuk kepada perbuatan memberi maklumat kepada pihak ketiga. Bermaksud fitnah atau perkara memalukan tersebut disampaikan kepada pihak lain dan berniat untuk memalukan dan menjatuhkan reputasi seseorang.
Oleh yang demikian tidak kiralah secara lisan (perbualan) atau secara bertulis, selagi mana terdapat pihak ketiga yang mendapat berita fitnah atau memalukan tersebut. Sudah cukup untuk anda mengambil tindakan.
Secara bertulis pula, tidak kiralah melalui penyebaran dalam akhbar, melalui media sosial atau whatsapp atau apa jua bentuk mesej, selagi apa yang disampaikan itu dibaca oleh pihak ketiga maka ada boleh mengambil tindakan. Ada berhak mengambil tindakan undang-undang.

Simpan segala bukti-bukti defamasi terlebih dahulu seperti screen short. Jika melalui whatsapp ianya adalah kekal kerana penulis tidak boleh memadam status yang disampaikan tetapi jika di media sosial saya sarankan anda tangkap dan simpan gambar beserta komen-komen defamasi tersebut. Jika dipadam, habis semua bukti-bukti anda.
Bagi kesalahan defamasi ini, anda boleh membuat laporan polis kerana defamasi juga adalah merupakan kesalahan jenayah dibawah kanun keseksaan. Selepas membuat laporan polis, polis akan menyiasat sekiranya perbuatan orang yang dituduh itu berbentuk defamasi jenayah.
Sekiranya berbentuk defamasi jenayah, polis akan mengambil tindakan seterusnya seperti menahan reman dan diikuti oleh prosedur seterusnya.
Jika didapati bukan defamasi jenayah, maka tiada tindakan yang diambil oleh pihak polis dan report yang dibuat anda adalah ‘cover report’ sahaja.
Seterusnya anda boleh melantik peguam untuk tuntutan sivil. Anda boleh menuntut ganti rugi. Sekiranya fitnah terhadap anda telah menjatuhkan reputasi dan merosakkan perniagaan anda maka anda boleh menuntut semua jumlah kerugian perniagaan akibat kata-kata defamasi tersebut.
Jumlah tuntutan adalah bergantung, ada yang menuntut puluhan ribu dan ratusan ringgit. Bergantung kepada kesan fitnah tersebut terhadap anda dan juga status anda dalam masyarakat.
Contohnya, anda adalah seorang usahawan terkenal yang dimalukan dan difitnah. Ramai orang mengenali anda. Akibatnya reputasi anda jatuh dan perniagaan anda merosot dan anda juga dikecam hebat. Maka nilai tuntutan adalah tinggi. Anda perlu mencatatkan semua kiraan kerugian.
"Peguam yang anda lantik akan mengeluarkan notis tuntutan terhadap si penyebar. Berdasarkan notis tuntutan itu kebiasaannya, peguam akan mengarahkan permohonan maaf secara bertulis, arahan tidak akan mengulangi perbuatan memfitnah dan melakukan tidak kira di media sosial atau dimana-mana dan ganti.
Dapatkan dahulu nasihat guaman sebelum memulakan tindakan. Pastikan sama ada anda mempunyai kes terhadap si penyebar dan buat kiraan kos memulakan tindakan juga."