Memang Nampak Fun Tapi Doktor Perjelas Risiko Jika Main 'Pass Out Challenge' Ini
# Trending Semasa

Memang Nampak Fun Tapi Doktor Perjelas Risiko Jika Main 'Pass Out Challenge' Ini

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Oct 16, 2017
pada 3:28 AM

Rata-rata di media sosial termasuklah di FB, Twitter dan Youtube tengah hangat memperkatakan tentang satu permainan pelik yang dipanggil 'Pass Out Challenge.' Permainan ni dah lama sebenarnya sejak tahun 1900 lagi, tapi ia kembali popular semula pada masa sekarang ni.


Selain pass out challenge, permainan ni turut dipanggil skip challenge, choking game, tap out dan banyak lagi. Cara untuk bermain cabaran ini adalah dengan teknik meletakkan tekanan pada dada seseorang sehingga pengsan untuk tempoh masa yang singkat.

 

 

Bagaimana #passoutchallenge boleh buatkan korang 'mati sekejap'?

1. Semasa menekan di bahagian dada dilakukan, ini akan mengakibatkan tekanan tinggi di bahagian thorax (rongga dada) dan jantung secara langsung. Ini akan menyebabkan 'venous return' (aliran darah dari badan ke jantung kanan) menjadi kurang. Maka jantung gagal untuk mengepam menyebabkan kurang atau tiada langsung darah mengalir keluar dari jantung ke badan (No cardiac output).

Keadaan ini akan menyebabkan organ-organ vital termasuk otak tidak menerima bekalan darah. Maka mendorong seseorang itu jatuh pengsan kerana tiada atau kurang darah yang membawa oksigen untuk sel-sel otak.

2. Satu lagi keadaan berlaku semasa dada ditekan kuat adalah vagal stimulasi. Vagal stimulasi akan menyebabkan 'neurocardiogenic syncope'. Keadaan ini berlaku seperti berikut:

 

Ringkasan bagaimana cabaran ini memberi kesan kepada individu yang bermain pass out challenge:

Kurang venous return (aliran darah dari badan ke jantung kanan)  akibat dada ditekan kurang preload (kemasukan darah dalam jantung)  kurang darah mengisi ventricular jantung  bertambah sympathetic tone  kontraksi ventricle jantung berlebihan (hypercontractility of ventricle) dengan kurang pengisian darah (under filled chamber)  ventricular mechanoreceptor activation  maklum balas ke medulla melalui saraf vagus  mengurangkan sympathetic tone dan meningkatkan parasympathetic  kadar denyutan jantung menurun (bradycardia) dan tekanan darah juga menjadi rendah (hypotensive)  sel otak kekurangan oksigen  hypoxia  pengsan.

 

Kenapa #passoutchallenge bahaya kepada pemain?

  •  Boleh mati sekiranya oksigen tidak sampai ke otaknya selama tujuh saat​
  •  Serangan strok boleh berlaku menyebabkan remaja terbabit lumpuh.
  • Kesan terjatuh: Patah rusuk, gegaran otak, sawan dan sebagainya
  • Menyebabkan kematian

 

1000 kematian di rekodkan sejak 1934 akibat dari permainan pass-out challenge ini. 82 kematian di Amerika Syarikat dari tahun 1995-2007 (data dikeluarkan 2008 US CDC), 8 kematian di England dari tahun 2010-2016 dan 672 kematian lain-lain negara.

Berhentilah bermain game #passoutchallenge ni sebab memang betul-betul sehingga boleh meragut nyawa tau! Ni bukan cerita rekaan ye. Jangan disebabkan sekadar nak berseronok dan tunjuk hebat di hadapan kawan-kawan, nyawa pulak melayang. Ibu bapa dan guru-guru perlu bangkit bersama-sama bagi mengawal anak-anak daripada terus dipengaruhi oleh permainan ini. Jangan nanti menyesal tak sudah. Untuk korang yang berniat nak main tu, tak payahlah. Batalkan jelah niat korang tu. Ada banyak lagi aktiviti berfaedah yang korang boleh buat selain main permainan merepek macam ni.