Golongan Belia Yang Nak Beli Rumah Tapi Bajet 'Sangkut,' Mohon Je Skim Ni Sebab Mudah!
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Golongan Belia Yang Nak Beli Rumah Tapi Bajet 'Sangkut,' Mohon Je Skim Ni Sebab Mudah!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Oct 19, 2017
pada 12:46 AM

Siapa yang taknak ada rumah sendiri kan? Kalau ada kewangan yang kukuh dan ilmu yang cukup, tak mustahil ramai yang dapat memiliki rumah pertama mereka pada usia yang muda.

Tapi, boleh ke beli rumah masa muda-muda ni? Maklumlah, simpanan pun cukup-cukup makan je. Kalau betul-betul nak beli rumah pun, mesti ambil tempoh masa yang lama.

Korang pernah dengar tak tentang BSN MyHome? BSN MyHome (Skim Perumahan Belia) direka untuk membantu belia yang bujang atau sudah berkahwin memiliki rumah pertama mereka dengan mudah.

 

Ciri-ciri & Kelebihan

»  Kemudahan ini ditawarkan untuk membiayai hartanah yang sama ada sudah siap, sedang dalam     pembinaan atau hartanah subpembelian.

»  100% pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pemindahan hakmilik dan perjanjian     pembiayaan bagi nilai rumah sehingga RM300,000.

»  Kerajaan juga akan memberi bantuan ansuran bulanan sebanyak RM200 sebulan yang akan

    dikreditkan ke dalam akaun pembiayaan pelanggan untuk tempoh 2 tahun, dari tarikh pengeluaran

    pertama kepada pemaju / penjual.

 

Harga Hartanah

»  Minimum: RM 100,000.
»  Maksimum: RM 500,000.


Margin Hartanah

»  Hartanah - Sehingga 100% atas harga belian/ harga pasaran (yang mana lebih rendah).
»  MRTA - Sehingga maksimum 5% atas harga belian/ harga pasaran (yang mana lebih rendah).


Tempoh Pinjaman

»  Minimum : 5 tahun.
»  Maksimum: 35 tahun (tertakluk kepada had umur tidak melebihi 65 tahun pada tarikh tamat tempoh Pinjaman).


Kadar Faedah

»  Antara KA + 0.60% sehingga KA + 3.00% bergantung kepada profil dan lokasi hartanah pelanggan.
»  Bagi amaun pinjaman RM350,000 dan ke atas dengan tempoh pinjaman 30 tahun dan tanpa tempoh lock-in, kadar faedah 
    indikatif adalah BR + 0.80%*. (terpakai hanya untuk pakej NZEC).
»  Kadar Asas (KA) BSN semasa adalah 3.95% ( berkuatkuasa mulai 21 Julai 2016).

 

Cara-Cara Untuk Membuat Permohonan BSN MyHome (Skim Perumahan Belia)

 

Syarat-syarat Kelayakan

» Warganegara Malaysia berumur 21 hingga 45 tahun (tertakluk kepada had umur tidak melebihi 65 tahun pada tarikh tamat tempoh     pembiayaan).
»  Bujang atau telah berkahwin dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan.
»  Pemilikan Hartanah Pertama sahaja.
»  Permohonan secara perseorangan atau bersama.
»  Pemegang Akaun BSN GIRO / GIRO-i.
»  Mempunyai bukti pembelian / pemilikan hartanah.
 

Dokumen yang Diperlukan

»  Borang permohonan BSN.
»  Salinan Kad Pengenalan.
»  Sijil perkahwinan yang sah.
»  Pemohon Bekerja Tetap / Pemohon Bersama (pasangan sahaja).
   -  Slip Gaji Terkini (asal dan salinan) untuk tempoh tiga (3) bulan. 

Nota: Jika bukan pemohon bersama, suami/ isteri pemohon perlu mengemukakan 1 bulan salinan terkini penyata gaji

 
    -  Penyata Bank Terkini untuk tempoh tiga (3) bulan
    -  Slip Gaji dan Penyata Bank Terkini untuk tempoh enam (6) bulan (bagi lain-lain  pendapatan)
    -  Penyata KWSP
    -  Surat Pengesahan Majikan

»  Pemohon Bekerja Sendiri / Pemohon Bersama (pasangan sahaja)
    -  Pendaftaran Perniagaan/Syarikat
    -  Borang B / BE + Resit LHDN
    -  Penyata Kewangan Syarikat
    -  Penyata Bank Organisasi untuk tempoh enam (6) bulan
    -  Lain-lain Dokumen (Cth. Laporan Lawatan Tapak)

»  Bukti pembelian yang terdiri daripada salinan Perjanjian Jual Beli (S&P), yang telah distem. Jika S&P belum selesai, resit deposit 
    / pesanan pembelian pro forma boleh diterima bagi tujuan kelulusan permohonan
»  Salinan laporan penilaian (untuk pembelian hartanah siap daripada individu / bukan pemaju)  daripada panel penilai BSN
»  Salinan Geran Induk / Individu (jika ada)
» Akaun berkanun bagi memastikan hanya yang layak untuk pembelian rumah pertama dan kegunaan sendiri sahaja yang layak untuk skim ini dan perlu disahkan oleh pesuruhjaya sumpah.
»  Akuan berkanun perlu ditandatangani oleh pemohon dan pasangan.

 

Lain-Lain Info Yang Perlu Ambil Tahu

 

Caj Bayaran Lewat

 

Duti Setem

»  Dokumen Prinsipal - Caj Duti Setem adalah secara ad valorem.
»  Lain-lain dokumen – RM 10.00

 

Jadi kalau korang dah ada perancangan nak beli rumah pada usia muda tapi tak tahu caranya, apa kata korang mohon BSN MyHome ni. Tarikh tutup permohonan sehingga 31 Disember 2017 je tau. Baik korang mohon cepat sementara tawaran sedang dibuka. Good luck!