Lindungi Smartphone Korang Daripada Digodam 'Hacker' Guna 2 Cara Ni Je!


by Haziqah Muhamad
Lindungi Smartphone Korang Daripada Digodam 'Hacker' Guna 2 Cara Ni Je!
Tahu tak korang sebenarnya boleh diintip melalui kamera di handphone tanpa pengetahuan korang? Jika ada pihak yang tak bertanggungjawab berniat jahat, segala maklumat, dan apa yang korang buat selama ini telah diperhatikan sepanjang masa.
Bukan itu sahaja, si 'hacker' ini juga mampu mengakses segala isi kandung di dalam telefon bimbit korang walaupun sudah dibuang! Selain daripada intipan 'secara langsung'.
Nak tahu tak macam mana mereka buat? Siapa yang buat ini? Dan apa kaedah yang mereka lakukan serta bagaimana nak lindunginya?
Jika seseorag dapat akses handphone korang secara fizikal seperti mengetahui passcode Iphone, ia lagi memudahkan mereka untuk hack sebab di internet ada banyak software yang boleh dibeli dengan harga ratusan atau ribu dollar.
Contohnya laman FlexiSPY.com dimana si penggodam boleh akses melalui kamera handphone seseorang, mereka boleh baca sms atau perbualan walaupun sudah dibuang!
Malah penggodam juga mampu curi dengar 'cantas' dan mengawal panggilan yang dibuat! Mereka boleh matikan panggilan dan siap boleh mencelah conversation lagi!
Lebih menggerunkan lagi mereka boleh tahu lokasi korang tanpa memebrikan sebarang pengesahan, ia lebih teruk daripada GPS tracker
Ini selalu dilakukan oleh orang jahat, dengki pada korang atau orang terdekat yang pernah akses handphone korang secara fizikal. Perkara ni biasanya terjadi kepada orang yang tak percaya kan korang, dan boleh jadi pasangan yang terlalu paranoid.
Pastikan korang up-to-date dan guna OS atau iOS terbaru yang diiktiraf dan dikeluarkan sendiri oleh pihak android atau Apple.
Guna passcode/password yang kukuh dan kalau boleh jangan sewenang-wenangnya dedahkan kepada orang.
Kalau korang rasa handphone kena infect dengan malware, hanya reload balik korang punya firmware dimana nanti ia akan pergi ke factory setting.
Kalau ada malware lagi yang install dalam phone korang. Cara terakhir adalah matikan sahaja!
Biasanya penggodaman ini dilakukan untuk mengesan perbuatan jenayah atau kelemahan software Sistem ini memakan kos lebih kurang 1.5 juta keaats untuk iOS.
Kalau nak teroka android lagi senang sebab alat untuk teroka ini murah bagi android, kos dalam 200 000 USD je sebab pengguna OS lebih mudah digodam!
Biasa 'penggodam' yang buat ni FBI, Penguatkuasa undang-undang, Nation State, Kerajaan dan sebagainya.
Itu sebablah harga mahal kerana kecanggihan yang tinggi dan digunakan oleh golongan atasan, tapi kalau jumlah banyak ni apa sangat lah kan?
Buat lah macam mana sekali pun, korang tetap tak boleh lari. Tapi jangan risau, mereka telah diamanahkan supaya jangan salah guna kuasa.
Melainkan kalau ada pihak yang ingkar. Jadi, boleh geledah handphone korang senyap-senyap tanpa disedari. Pokok pangkalnya, berpada-padalah dalam menyimpans egala info di dalam telefon bimbit korang.