Taktik Baru Scammer Guna Nama & Link Bank Dalam 'Email Layang' Untuk 'Temberang' Pengguna!
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Taktik Baru Scammer Guna Nama & Link Bank Dalam 'Email Layang' Untuk 'Temberang' Pengguna!

post by Izuan

by Izuan

Oct 19, 2017
pada 8:47 AM

Sekarang ini kalau apat sebarang ganjaran daripada mana-mana pihak, perlu dapatkan kesahihannya. Manakan tidak, pihak yang tidak bertanggungjawab ini makin licik mengaburi mata pengguna. Sekali imbas memang nampak sama, tapi jika diperhalusi betul-betul ia hanyalah satu penipuan.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna yang menerima satu 'kiriman email layang' daripada pihak bank.  Jika diamati dengan hanya sekali imbas, ia memang nampak daripada pihak bank sendiri, nama, logo, bahkan pautan yang diberikan pun memang tepat!

"KALAU ADA SESIAPA DAPAT EMAIL MCM NI JANGAN CLICK, ABAIKAN JE..NI KERJA SCAMMER"

Bagi pengguna akaun CIMB, pasti anda akan percaya dengan pautan ini, dan ia sememangnya pautan untuk ke laman CIMB clicks, namun ia sebenarnya telah di hyperlink ke laman sesawang lain diamana segala data anda akan dicuri.

Bila difikir secara logik takkanlah orang nak bagi kita durian runtuh tanpa sebab kan? Paling tidak pun, kita sertai seebuah peraduan, itu pun tidak semudah mana yang disangka!. Menurut mangsa, scammer akan hubungi dahulu sebelum memberikan kiriman email ini.

Pihak Bank Dah Mengesahkan Ianya Daripada Scammer!

Jadi, sebagai langkah berhati-hati, jika anda menerima sebarang kiriman layang sebegini, dapatkan dahulu pengesahan daripada pihak bank yang asal.