Pantang adalah satu proses pemulihan yang perlu dijalani oleh semua isteri selepas melahirkan anak. Melahirkan anak bukanlah satu perkara yang mudah. Ia mengambil tempoh masa yang lama untuk recover dan mengembalikan kesihatan seperti sedia kala semula. Oleh sebab itu, suami perlu bersama-sama ada dengan isteri sebagai supporter dan penguat semangat supaya isteri boleh sembuh dengan cepat. Tambahan pula, sewaktu berpantang, pergerakan isteri adalah sangat terbatas. Jadi bantuan daripada suami adalah sangat diperlukan.
2. Beri peluang pekerja lelaki sama-sama menjaga dan membesarkan anak