Tersalah Hantar Mesej? Whatsapp Perkenalkan Ciri Baru Untuk 'Unsend' Semula Mesej Tu!
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Tersalah Hantar Mesej? Whatsapp Perkenalkan Ciri Baru Untuk 'Unsend' Semula Mesej Tu!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Oct 29, 2017
pada 1:20 AM

Pernah tak korang berada dalam situasi tersalah hantar whatsapp? Dia punya malu tu tak payah cakaplah. Lagi-lagi kalau tersalah hantar masuk dalam group pejabat atau keluarga. Silap-silap seminggu berkurung dalam bilik sebab malu.

 

Setelah sekian lama menanti, akhirnya Whatsapp tampil dengan satu lagi ciri baru yang dikenali sebagai Delete for Everyone. Pengguna Whatsapp boleh unsend sekiranya tersalah hantar mesej atau gambar. Jadi tak perlulah korang panik kalau tersalah hantar Whatsapp. 

 

Walaubagaimanapun, ada tiga perkara yang korang perlu alert sekiranya ingin unsend whatsapp yang dihantar tu. 

  • Mesej hanya boleh dipadam tak melebihi tempoh 7 minit. Lebih dari tu dah tak boleh padam dah. 
  • Ia hanya berfungsi untuk pengguna yang menggunakan Whatsapp latest version saja. 
  • Whatsapp tidak akan memberi notification sama ada mesej tersebut telah dipadamkan atau sebaliknya. Kalau nak tahu jugak, korang hanya boleh semak di whatsapp orang yang menerima pesanan tersebut. 

Jadi lepas ni pasti takkan ada kejadian 'memalukan' terjadi macam sebelum-sebelum ni, kan? Bahaya tau kalau tersalah hantar mesej ni. Memang silap hari bulan boleh buat sampai putus sahabat tau!