Model Berusia 14 Tahun Meninggal Dunia Sebab 'Paksa Diri' Kerja 13 Jam Tanpa Henti
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Model Berusia 14 Tahun Meninggal Dunia Sebab 'Paksa Diri' Kerja 13 Jam Tanpa Henti

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 23, 2022
pada 7:53 AM

Model Berusia 14 Tahun Meninggal Dunia Sebab 'Paksa Diri' Kerja 13 Jam Tanpa Henti

Ramai yang selalu mengambil mudah perihal tentang kerja lebih masa. Mungkin kurangnya kesedaran mengenai hal ini menyebabkan ramai yang menganggap kerja lebih masa adalah perkara normal. Ya, mungkin kerja lebih masa atau overtime adalah sesuatu yang normal, tetapi tidak bagi kerja yang lebih masa dan 'melampaui' masa sepatutnya.

Akibat terlalu paksa diri sehingga seorang model muda berusia 14 tahun dari Rusia meninggal dunia selepas terbabit dalam satu pertunjukan fesyen yang mengambil masa selama 13 jam. Model yang dikenali sebagai Vlada Dzyuba, merupakan salah seorang peragawati utama dalam pertunjukan fesyen Shanghai Fashion Week, dan sudah tiga bulan berada di China atas urusan kerja.

Dzyuba dikatakan pengsan sejurus sebelum memulakan acara catwalk dan dikejarkan ke hospital. Namun,selepas dua hari berada dalam keadaan koma, Dzyuba akhirnya disahkan meninggal dunia.

Punca kematian Dzyuba adalah disebabkan oleh meningitis dan keletihan yang melampau. Sebelum pertunjukan bermula, dia dikatakan mengalami kenaikan suhu badan yang mendadak. 

Menurut ibu Dzyuba, dia ada menghubunginya sebelum tu dan mengadu keletihan. Dia menangis dan memberitahu yang di sangat penat dan ingin tidur. Walaupun telah disuruh untuk ke hospital, namun Dzyuba takut memandangkan dia terikat dengan kontrak. 

Disebabkan itu, pihak berkuasa kini sedang memeriksa kandungan kontrak yang didakwa berat sebelah. Media Rusia melaporkan Dzyuba merupakan salah seorang mangsa 'buruh paksa' apabila kontrak peragaan yang diberikan kepadanya langsung tidak menyentuh perihal insuran dan perlindungan kesihatan.

Mengikut undang-undang, Dzyuba sepatutnya hanya boleh bekerja selama tiga jam seminggu. Wakil agensi peragaan yang mewakili Dzyuba memberitahu mereka tidak menyangka situasi akan menjadi seburuk itu.