Apa Yang Boleh Buat Kalau Kereta Dimasuki Air Banjir? Lakukan 3 Tips Ini Atau RM3K Melayang!
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Apa Yang Boleh Buat Kalau Kereta Dimasuki Air Banjir? Lakukan 3 Tips Ini Atau RM3K Melayang!

post by Izuan

by Izuan

Nov 9, 2022
pada 10:58 AM

Lepas cuaca panas terik, baru-baru ini kalau kita lihat asyik hujan lebat pula bahkan sampai ada kawasan-kawasan tertentu dilanda banjir. Pasti ramai yang dah mula risau kan? Ya lah, mungkin ada antara pekerja yang parkir kereta di kawasan terbuka, ada kemungkinan dinaiki air banjir sewaktu hujan.

Malang tak berbau, tapi kalau boleh cuba elakkan lah ya, andaikata kalau kereta korang dimasuki air banjir sewaktu hujan-hujan lebat ni, jangan panik! Kena lakukan 3 tips ini atau duit akan melayang sampai RM 3,000! Ingat, tak semua pakej insurans bagi perlindungan jika berlaku kemalangan yang disebabkan oleh bencana alam tau.

Jadi, kalau tak nak kereta rosak, baca perkongsian bermanfaat ni. Ia dikongsi pada 2 tahun lepas, namun masih berguna kepada kita ebagai panduan kalau insiden mengejutkan ini berlaku pada diri kita.

 TIPS JIKA KERETA DITENGGELAMI AIR INI AKAN MENYELAMATKAN RM3,000 DUIT POKET ANDA
***************************



Seperti mana kita tahu, Selain dari musim pilihanraya, Malaysia sekarang ni musim banjir. So, kalau kereta kita ni guna banyak elektronik, lagilah kena baca tips ini. 

Macam mana nak tahu kereta kita ni elektronik atau tak? Agak-agak saya lah, kereta yang berusia dalam 10 tahun.

Gen2, Viva, Kelisa, BLM, Alza, MyVi. Ini geng-geng injection atau elektronik bahasa mudahnya. Atau kebanyakan kereta sekarang ni. 

Apa yang perlu dibuat bila terjadi perkara sebegini?



1. Jangan BUKAK PINTU langsung.


Lepak mamak dulu, solat Maghrib. Tunggu air surut, baru bukak pintu. Nanti habis kusyen kereta busuk.


2. Jangan START KERETA langsung.


Call tow truck dan minta hantar kereta ke bengkel. Mekanik akan bukak computer box dan bateri lepas tu akan tembak angin bagi kering.

Kalau pandai, bukak kepala bateri dulu. Kalau tak tahu, biar je.

Kalau start jugak kereta tu, habislah computer box tu short kalau ada air masuk.

Computer box ni macam otak kereta, sebab dia yang control semua.


3. Jangan lupa mintak mekanik CHECK MINYAK ENJIN.


Kalau terperasan mekanik macam tak check minyak enjin tu, tanya dia dah buat ke belum. Takut-takut minyak tercampur air banjir.

Tips tambahan:
Mintak mekanik check minyak gear box jugak.
Kalau kereta tersemput-semput tak mahu pergi atau jerking, itu tandanya petrol dan campur air. Mintak mekanik turun tangki, servis dan buang minyak petrol lama tu. Pastu isi minyak, bayar kat mekanik dan jalan. Hehe..