Satu Strategi Pemasaran Paling 'Cool' Barista Ini Lakukan Untuk Beri Diskaun Kopi Pada Pelanggan
# Trending Semasa

Satu Strategi Pemasaran Paling 'Cool' Barista Ini Lakukan Untuk Beri Diskaun Kopi Pada Pelanggan

post by Izuan

by Izuan

Oct 29, 2017
pada 11:40 AM

"Customer is ALWAYS right" ungkapan yang popular sekali tak kira lah dalam bidang makanan dan minuman (F&B), Servis, atau apa jua transaksi yang melibatkan hubungan bersama pelanggan ataupun klien. Austin Simms yang bekerja sebagai barista di sebuah kafe di Virginia telah menegur pelanggan-pelanggannya supaya tidak terlampau biadab dengan menggunakan cara yang paling halus dan ternyata ianya telah memberi impak.

Harga kopi murah 3 kali ganda jika ayat korang lengkap dan manis

Lebih pendek ayat pesanan korang, harga kopi melambung sehingga $5.00. Nak harga serendah $1.75? Tambah "Hai, boleh tolong berikan saya kopi saiz kecil satu" saja. Austin Simms hanya ubahsuai sedikit ayat di papan iklan harga.

Tak perlu bodek lebih, jaga adab je korang dapat harga murah

Nak tegur pelanggan nanti kena marah balik, Austin Simms tidak mahu pelanggannya hilang rasa hormat dan nilai kemanusiaan dengan menganggap pekerja di kafe hanyalah hamba mengambil pesanan.