Ada tak sesiapa yang menghadapi masalah untuk menghilangkan bau asap rokok di dalam kereta? Walaupun dah hisap rokok sambil bukak tingkap, tetapi bau asap rokok tu pasti akan melekat dan sukar untuk dihilangkan.


by Haziqah Muhamad
Ada tak sesiapa yang menghadapi masalah untuk menghilangkan bau asap rokok di dalam kereta? Walaupun dah hisap rokok sambil bukak tingkap, tetapi bau asap rokok tu pasti akan melekat dan sukar untuk dihilangkan.
Dah macam-macam cara yang dibuat untuk menghilangkan bau tersebut termasuklah sembur pewangi dan penyegar udara. Namun, bau rokok tersebut masih kekal pada fabrik tempat duduk kereta.
Di sini kami akan kongsikan 5 petua mudah untuk menghilangkan bau rokok dalam kereta dengan menggunakan barang-barang yang ada di sekeliling kita je. Cubalah!
1. Serbuk Kopi
Letakkan semangkuk serbuk kopi di dalam kereta lalu biarkan semalaman dengan tingkap bertutup. Serbuk kopi tersebut akan menyerap bau asap rokok. Ulang dan gantikan serbuk kopi ini beberapa kali sehingga bau betul-betul hilang.
2. Cuka
Tuangkan cuka ke dalam sebuah gelas atau mangkuk dan letakkan di bahagian tengah kereta. Biarkan semalaman dan cuka akan menghilangkan bau asap rokok dalam kereta anda. Jika ingin dapatkan bau yang lebih segar, perahkan sedikit lemon dan larutkan bersama cuka tersebut.
3. Kayu Manis
Jika anda ingin menggantikan bau busuk dengan bau yang lebih manis, cubalah gunakan kulit kayu manis. Rebus dua hingga tiga batang kulit kayu manis dan tuangkan air rebusan ke dalam satu cawan. Kemudian, letakkan cawan berisi air rebusan itu di dalam kereta dengan tingkap bertutup sehingga suhu airnya menurun kepada suhu bilik.
4. Kulit Buah-Buahan Sitrus
Jika anda suka akan bau sitrus, anda boleh kitar semula kulit buah-buahan tersebut. Kupas kulit buah oren, lemon, limau nipis atau apa sahaja buah sitrus kegemaran anda dan kumpulkan kulit tersebut dalam cawan. Tinggalkan cawan berisi kulit sitrus ini di dalam kereta untuk menyerap segala bau-bauan kurang enak. Pasti kereta akan berbau harum keesokan harinya.
5. Arang
Sekiranya anda mahukan bau yang neutral, gunakan ketulan arang. Simpan satu beg kecil berisi arang di bahagian belakang tempat letak kaki dan arang akan bertindak sebagai ejen penyerap bau. Percayalah, bau yang yang busuk tersebut akan hilang serta merta.