Perasan Tak 6 Benda Ni Terjadi Pada Iphone Korang Lepas Update IOS Pakai WIFI?
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Perasan Tak 6 Benda Ni Terjadi Pada Iphone Korang Lepas Update IOS Pakai WIFI?

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Oct 30, 2017
pada 10:02 AM

Setiap kali Apple memperkenalkan IOS terbaru, pengguna iPhone mulalah 'tak senang duduk' nak update IOS masing-masing. Kebiasaannya, pengguna akan menggunakan WIFI memandangkan kaedah tersebut akan mempercepatkan lagi proses kemaskini.

Tapi ramai yang tak sedar dan tak tahu bahawa kaedah tersebut boleh menyebabkan iPhone rosak? Haa, sebab tulah terjadi kes macam tak sampai setahun jagung, iPhone dah ada masalah bateri cepat drain, LCD rosak dan sebagainya.

Individu yang mengendalikan sebuah kedai membaiki iPhone iaitu @bradahudstore ada kongsikan tentang 6 keburukan mengupdate IOS dengan menggunakan WIFI. Mohon kongsikan kepada pengguna iPhone yang lain supaya iPhone mereka dapat diselamatkan!

 

1. Bateri cepat drain

Korg pernah rasa tak charge iphone sampai 100%, tak sampai berapa minit dh tinggal 60%, tak sampai berapa jam dh kiok...

 

2. Ghost touch

Ghost Touch ni antara salah satu lcd problem dimana lcd korg akan touch, slide or type sendiri. Korg tak tekan pun screen boleh bergerak...

 

3. Masalah GPS

Contoh korg nak waze, tapi phone korg tak dpt detect​...

 

4. Masalah Touch ID

Touch id problem ni means korg tak boleh guna thumbprint untuk iphone 5s ke atas.​..

 

5. Nak 'ON' iPhone lama

Benda ni akan terjadi bila korang nak on phone korg, dia stuck dekat logo apple je. Lamaa je, tak on on​...

 

6. Lagging

Selain lag disebabkan memory penuh, update ios menggunakan On The Air update atau Wifi jugak boleh terjadinya phone lagging ni...

Menurut individu ini, langkah terbaik untuk update IOS tanpa menggunakan WIFI adalah dengan menggunakan iTunes.